Isnin, 12 Januari 2009

UNTUNG UBI



Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas, itu bidalan orang dulu-dulu, tapi dah dilupakan, orang sekarang bidalan nya ayam bekokok atas batang, bak rokok sebatang, nasib baik aku tak merokok, kalau merokok pun aku tak bagi free kalau orang mintak sebab rokok dah mahal gila, kepada yang merokok tu berenti la, lagipun merokok tu membantu perkembangan ekonomi israel, lebih baik la duit nya tu disimpan buat beli senjata bagi kat perjuang palestin, boleh ke? mana boleh, nak kena gantung.........

Aku nak cerita ni bukan pasal rokok tapi pasal Ubi, dalam banyak-banyak ubi tu ubi kayu la yang paling aku suka, aku ingat masa dulu kalau musim cuti sekolah aku biasanya menolong ayah aku motong getah, tapi biasa la bulan 12 selalunya hujan, jadi kalau hujan pagi, tu yang aku suka, sebab tak payah pegi motong, lepas solat sambung tidur, lepas tu bangun masih hujan, jadi sarapan pagi tu mesti ubi rebus panas dengan kelapa parut atau ikan masin, aku suka makan depan pintu sebab tengah makan boleh tengok hujan turun.

Ubi kayu ni cukup senang tumbuh, cacak je batangnya kat tanah pasti tumbuh, lepas tu ubi kayu ni banyak kegunaanya, misalnya pucuknya boleh dibuat gulai lemak, itupun aku suka, boleh buat rebus cicah dengan sambal tumis, ubinya boleh dibuat rebus atau digoreng, buat lemang, buat kuih, juga boleh buat tepung. batang nya pula boleh buat.................., tu yang aku nak cerita sikit, masa aku sekolah rendah dulu aku tak ada basikal, kalau nak pergi mana-mana aku pinjam basikal abang aku, satu hari tu masa aku main bola, member aku dah laram basikal tu sampai langgar pokok mangga terus patah dua, member tu apa lagi terus cabut lari, apa nak buat aku dengan member yang lain hantar basikal tu balik, sampai kat rumah mak aku terus naik angin, member aku yang lain lari lintang pukang tinggal aku sorang, apa lagi mak aku patah kan batang pokok ubi, dan "pok,pok,pok,pok" empat das kat belakang aku, ha! tu la kegunaan batang ubi kayu.

Sekarang jarang dah orang tanam ubi kayu kat rumah, tanaman ubi pun dah dikomesialkan, dipanggil ladang ubi, banyak kilang-kilang menjual keropok ubi, ada sorang kawan aku tu kalau musim dekat raya sibuk jual kerepek ubi, aku tengok untung juga boleh buat belanja raya , sekarang ni kalau nak makan ubi rebus susah juga sebab ubi kayu pun dah mahal sekarang, kalau pergi pasar malam beli pucuk ubi, tapi yang dapat daun ubi, itu perniaga nak untung lebih, baru baru ni aku pergi pasar raya, aku tengok jejari ubi kayu pun dah ada jual, bukan jejari kentang je ada. Jadi kalau makan ubi kayu tu teringat kan masa lalu, kalau boleh dipusingkan masa aku mau pergi lagi ke masa itu, walaupun masa itu susah tapi hati senang...............





Tiada ulasan:

Catat Ulasan