Khamis, 22 Januari 2009

UNTUNG PEJUANG


Dulu masa aku kecil, aku selalu melepak dirumah arwah Pak We aku (pak we tu gelaran bapa saudara aku, isterinya kakak mak aku) dia selalu menceritakan kesah pejuangannya masa zaman jepun, sambil menunjukan kesan peluru dan tetakan di badan, aku tahu arwah pak we aku tu seorang yang handal, sama macam arwah Ayah aku, tapi Ayah sedikit pun tak turun kan ilmunya pada aku, takut aku sombong katanya, kalau aku minta diajar, katanya pergi jumpa pak we kamu dia lagi handal, akhirnya dua-dua pun tak mahu ajar.

Orang dulu-dulu berjuang dengan ikhlas, walaupun ada sedikit kebangaan tapi tak pernah minta apa-apa, contohnya pakwe aku, ia tak pun kaya selepas jepun kalah, yang kaya orang lain, kehidupan pakwe aku biasa je, kerja nya imam masjid dipekan aku, iaitu pekan Padang Rengas, kita lihat banyak contoh pejuang dulu-dulu hidup pun merempat, kalau kita jumpa mereka, mereka akan cerita kisah pejuangan mereka, sebab mereka bangga dengan perjuangan mereka, kita hidup senang sekarang ini berkat perjuangan mereka, tapi pernah tak kita berterima kasih kepada mereka.

Konsep perjuangan tu berbeza-beza, pejuangan zaman sekarang lain, ada yang berjuang dalam politik, tapi perjuangan mereka tu ikhlas ke? ada perjuangan yang ikhlas. tapi banyak yang tak ikhlas, banyak yang ada kepentingan, contohnya kalau aku rapat dengan wakil rakyat ni aku berjuang bersamanya boleh gak minta projek, bila wakil rakyat tak bagi projek dia kutuk wakil rakyat tu macam-macam, itu cerita pejuangan politik.

Ambil contoh pejuangan sahabat Nabi iaitu Sayyidina Khalid Ibn al-Walid .Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan