Isnin, 31 Ogos 2009

UNTUNG MINYAK NAIK DAN NAIK MINYAK



Lama tak cerita terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat perpuasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan, merdeka dalam bulan puasa ni untung juga sebab tak payah belanja beli air sebab nak tengok perbarisan, tapi sekarang ni pun orang ramai duduk kat rumah sebab takut virus selsema babi, tapi hari tu aku turun bandar jem juga jalan, lepas pusing-pusing cari parking, aku terus balik rumah sebab tak ada parking lepak kat rumah lagi baik, bulan puasa ni besnis kurang jalan sikit, kalau jumpa member pun diaorang cakap tunggu lepas raya.

Tadi aku dengar berita minyak naik lagi, tu yang buat orang naik minyak, aku rasa masa ni tentu orang dok pakat serbu stesen minyak, yang susah hati tokeh stesen minyak sebab komisen tak naik, yang untung tokeh minyak sebab gaji akan naik, tapi aku dah awal-awal isi minyak penuh kat kereta lama aku, aku isi Ron 95 je sebab kereta lama, tu la yang untungnya.

Dulu masa aku kerja kat Kemaman Terengganu, disatu syarikat membekal dan membaik pulih paip minyak, syarikat tak la besar mana, tapi kerja 6 bulan betul-betul, 6 bulan lagi datang kerja balik kerja dapat gaji, tapi syarikat boleh buat untung, itu la untungnya kerja syarikat minyak, macam abang ipar aku kerja carigali minyak kat laut tu 6 bulan kerja, 2 bulan cuti, siap boleh buat part time bawa bas lompat lagi....

Bukan apa aku rasa minyak tak perlu naik, untung syarikat minyak dan cukainya pun besar, duit syarikat minyak tu boleh tanggung rakyat kalau betul-betul dijaga, sebab Malaysia pengexport minyak kelas satu keluar negara dan mengimport minyak kelas ketiga untuk digunakan oleh rakyat tempatan, jadi kenapa perlu naik, kita boleh bayangkan keuntungan syarikat minyak dalam menyambut hari raya nanti sebab ramai orang balik kampung, alasan harga minyak patut naik sebab minyak harga minyak dunia sudah naik tak masuk akal, sebab Malaysia adalah pengeluar minyak bukan pembeli minyak, kalau nak untung jadi lah saudagar minyak atar ( auta ).............

Rabu, 5 Ogos 2009

UNTUNG GULA


Cepat betul masa berlalu sekarang dah bulan ogos tak lama lagi dah nak puasa, tinggal berapa minggu aje lagi, member-member aku dah sibuk nak berniaga apa pada bulan puasa ni, ramai yang kaki bisnes, aku pula tak tau lagi, ada member ajak jual kuih raya, tapi aku belum fikirkan lagi.

Baru tadi aku beli barang dapur kat pasaraya, macam biasa aku belanja untuk sebulan, tapi yang malangnya pergi kat rak gula, gula tak ada......., kalau macam ni bagaimana nak buat bisnes kuih raya, mesti pening member aku ni, yang aku heran tiap-tiap tahun gula asyik tak ada, macam-macam cara kerajaan buat, tapi sama aje, alasan tiap - tiap tahun sama je, transport tak cukup la, permintaan tinggi la, macam-macam lagi, tetapi alasan yang paling lawak ialah pengguna beli banyak pasal panik, betul ka?

Baru-baru ni aku pergi kedai mamak beli barang, bila aku minta gula, dia cakap dah habis, hai baru semalam aku tengok ada satu guni, jadi aku pun ugut dia, baru dia nak bagi itupun sepaket. Dua tahun lepas pun ada masalah gula, aku ada pergi satu pasaraya mini nak beli gula, tapi gula tak ada, tiba-tiba keluar seorang dari setor bawa separuh guni gula, jadi aku tanya kat pekerja tu, kenapa orang tu boleh beli banyak gula sedangkan kat rak tu tak ada gula, dia cakap itu pelanggan tetap, lagipun dia berniaga kuih kat pasar malam, aku cakap walau siapa pun kita kena adil orang yang datang kedai ni bukan pelanggan ke? diaorang pun beli barang bukan ambil barang, jadi aku pun ugut budak tu juga, cakap nak lapur ke kementrian, oleh kerana takut budak tu masuk dalam setor ambil seguni gula letak kat kuanter, jadi pada hari tu ramai yang dapat beli gula.

Aku rasa gula tak perlu naik harga, sebab gula dalam harga sekarang pun, tokehnya dah jadi orang nombor wahid terkaya di malaysia, jadi apa masalahnya........aku pun tak tahu..............