Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU 2011 DAH TIBA


Selamat tahun baru 2011 di ucapkan kepada kawan-kawan, apa azam tahun baru? kalau masuk tahun baru je mesti tanya azam.....azam ada tapi tak buat tak dapat juga.

Aku pada tahun 2010 yang lepas rezeki tak berapa baik, kawalan kewangan yang lemah menyebab berlakunya penipuan dalam kewangan, jadi erti kata lain tak untung la.....

Masuk tahun baru ni azam aku kena kurang sikit mempercayai individu yang tak berapa kenal, kawal kewangan, pastikan kewangan melimpah dengan usaha sendiri, kurang memberi pinjaman dan berhati-hati dalam perlaburan, dan azam yang terbaik ialah mengurangkan pinjaman atau erti kata lain jangan berhutang dan cuba langsai kan hutang lama dengan secepat mungkin.....

Azam aku yang terbesar kalau diizinkan ALLAH SWT ialah ingin berkerja sendiri, jadi dengan itu untuk tahun baru ni aku mengorak langkah pertama dengan memperlajari selok belok perniagaan yang sebenar, menghadiri kelas dan seminar dan yang penting menubuhkan syarikat......
COME ON ZAMAN UNTUNG BANGUN DARI KEGAGALAN, YANG LEPAS JADIKAN TAULADAN, YANG DEPAN JADIKAN IMPIAN, SELAMAT BERJAYA....

DOAKAN AKU KAWAN-KAWAN.............

SELAMAT TINGGAL 2010

Ahad, 21 November 2010

APA ADA DALAM CIP PROSESSOR

Apa prosessor computer Anda, pernah tengok tak apa ada dalam prosessor anda? sekecil mana? sebab itu dinamakan micro cip........












Ahad, 31 Oktober 2010

Lawak Antarabangsa

Macam-macam cara kalau nak jimat lihat ni.................












Renong-renongkan, selamat mencuba ......

Ahad, 17 Oktober 2010

BAJET 2011 YANG LETIH......


 Aku baca belanjawan 2011 ni letih jadinya tak ada apa yang best pun pada orang seperti aku yang kebanyakan ni, tak tau la pada orang lain?

Cuba tengok tulisan ni yang aku cilok dari forum:-

"Menurut Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nur Kamariah Mohd Alwi, peruntukan cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.

Dulu cuti 60 hari hingga anak ke-5 = 60 x 5 = 300 hari perkhidmatan

Sekarang, cuti 90 hari. = 90 x  3  = 270 hari (lebih kurang 300 hari)

Dulu boleh beranak sampai lima....tapi sekarang nak beranak lima kena adjust cuti. Adjust punya adjust...cuti 60 harike...90 harike..sama saja. Adus...Tipah tertipu lagi.

Kesimpulannya...kita masih DITIPU

Itu aku tak tau... nilai sendiri la........



Kesian nenek ini ingat belanjawan tahun depan boleh beli keta tapi nampaknya kena pakai moto lagi la......

  Letih................aku..........

Ahad, 26 September 2010

Mangostyn Juice


Buat kawan-kawan bukan niat untuk menaja. tapi fikirkan lah masa depan kita dan generasi kita, masa ni lah  sesuai untuk kita memulakan perniagaan, modal serendah RM290 pontensi pendapatan sehingga RM13,500 sebulan. Memang banyak tu, tapi jangan fikir berapa yang kita akan dapat tapi fikirkan berapa yang kita mahu.


Keputusan ditangan kita, tapi selalu kena ingat, kalau nak berjaya dalam MLM buat waktu kita senang, kalau buat waktu kita susah kawan akan kata kita hendak mengambil kesempatan walaupun niat kita ikhlas, kesempatan baik selalunya datang waktu kita tak bersedia dan tiada pilihan.....fikir dan renungkan......

Kucing











Baru- baru ni lepas raya kucing yang aku bela mati kena langgar dek kereta, masa tu aku tinggal dia sekor kat rumah, nak buat macamana dah ajal dia, tapi memang aku sayang kat dia...... tapi yang aku hairan ada orang anak pun dia tak sayang macamana tu?..................

Rabu, 8 September 2010

SALAM AIDILFITRI 1431


 Anak bulan dan mak serta adik beradik nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1431 Maaf Zahir Batin

Ahad, 5 September 2010

Lawak MPV








                                       
 Mana satu agaknya pilihan kalbu....... dah  dekat nak raya ni boleh buat balik kampung.