Ahad, 22 Mac 2009

PANDUAN HARI INI

Bos besar kini penghantar piza


KEN KARPMAN


DUA tahun lalu, Ken Karpman dan keluarganya menjalani kehidupan mewah. Mereka mempunyai keahlian kelab golf, sering bercuti ke destinasi hebat dan tinggal di rumah seluas 4,000 kaki persegi.

Pendapatan Karpman mencecah AS$750,000 setahun, iaitu jauh meninggalkan kadar purata pendapatan tahunan rakyat Amerika Syarikat.

Namun kini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hedge Fund ini boleh ditemui menghantar piza di Florida dengan upah AS$7.29 sejam. Semuanya kerana tidak mempunyai simpanan cukup untuk menghadapi krisis ekonomi dunia.

"Kami tidak ambil tahu tentang harga barangan di kedai. Kami sekadar mencampakkan ia ke dalam troli dan terus membayarnya. Hidup begitu menyeronokkan. Mengapa ia harus berakhir?" kata Karpman dalam satu wawancara khas di televisyen.

Pemilik sarjana ini seorang pedagang jualan ekuiti. Dia terlalu percaya pada urus niaga dengan syarikat besar, tanpa menduga impak kemelesetan ekonomi global.

Karpman dan isterinya, Stephanie, memberitahu bahawa rumah mereka di Tampa, Florida sudah tergadai sementara hutang kad kredit sudah terkumpul sebanyak AS$100,000. Anak-anak mereka masih meneruskan pembelajaran di sebuah institusi persendirian namun dikatakan ada pihak lain yang menanggung kosnya.

"Memang ini menyedihkan. Namun, saya harap kisah kami dijadikan iktibar. Kami merupakan antara ratusan ribu warga Amerika yang kehilangan kerja atau sedang bersusah-payah membayar semula pinjaman," kata Karpman.

Sumber: Kosmo online

Ulasan

Pepatah mengatakan hidup ini umpama roda, itu memang betul, jadi kita jangan bangga dengan apa yang kita ada sebab itu semua tak kekal, yang penting bukan beringat sebelum kena tapi bagaimana kita mengatasi masalah dizaman kejatuhan kita.

Aku teringat ada seorang abang tu waktu ekonomi jatuh tahun 1997 dulu, kontrak nya tidak disambung waktu itu dia bekerja sebagai pegawai di kementerian belia dan sukan, malangnya waktu itu umur nya sudah hampir pencen dengan simpanan yang sedikit, waktu aku jumpa abang ni kehidupan dia waktu itu memang susah, kekadang aku hulur sedikit sumbangan sebab anaknya masih kecil, mungkin khawin lewat.

Dia tak ada kerja isterinya juga tak bekerja, punca utama dia tak bekerja katanya tak ada kerja yang sesuai, pernah satu hari dia ajak aku pergi kerumah kawannya katanya nak ambil payment kerja yang di buat kat kawanya tu, sampai kat rumah tu mak oiii, besarnya rumah lepas tu dari pagar ke rumah jauhnya macamana nak panggil, tekan loceng beberapa kali tak ada orang jawab tapi nampak kat dalam rumah ada orang, kereta pun ada, telefon tak jawab, jadi kesimpulannya waktu kita susah usah kata kawan saudara pun lari. Sekarang ni aku tak tak tau macamana keadaan abang tu sebab dia dah pindah pernah jumpa sekali kat pasar malam, masa tu dia dah ada kerja, harap-harap dia ok la....

Aku teringat juga kisah jutawan Thailand yang jatuh bangkrap akibat kejatuhan ekonomi, namun bangkit kembali dengan hanya menjual hotdog.........

BUAT DUIT DISINI, DAFTAR PERCUMA.........

TAK PERLU PENING KEPALA JAWAB SURVEYS DAPAT DUIT, KAWAN TOLONG SURVEYPUN KITA DAPAT DUIT SENANG JE..............



Jumaat, 13 Mac 2009

PENING SIKIT



Apa khabar semua selamat jumpa kembali, dalam aku sibuk-sibuk minggu ni, sibuk pula bank asyik call aku, aku dok fikir-fikir hutang aku dah bayar semua, tapi pegawai tu cakap encik punya kereta dah dua bulan tak bayar, kereta yang mana? kereta tua aku dah lama habis bayar, jadi aku tergamam sekejab, lepas tu aku tanya dia plat apa, dia pun cakap, ooooo..... baru aku ingat, dah lama dah 5 tahun aku tak jumpa sedara aku ni, lepas dia beli kereta tu, tapi pakai nama aku, sebab masa tu dia black list, jadi penjamin kawan lepas kawan nya tak bayar pinjaman. tapi sekarang aku dengar dah settle dah.

Aku pun apa lagi cari la no handphone sedara aku ni, dah dapat tapi call tak dapat, ini yang letih ni, dah lari ke? kalau lari mampus aku macamana nak settle sebab aku pun tengah gawat ni. At last aku baru ingat dia ada bagi no handphone luar negara, aku pun hantar sms kalau call rabak duit aku, tak lama lepas tu dia balas "sorry yoep aku tengah kejar payment tak masuk-masuk lagi ni, kalau dah masuk aku settle bayaran kereta tu secepat mungkin", lega aku masih hidup rupanya.

Aku dengar dia ni kerja di Dubai, buka syarikat sendiri, dulu dia pernah juga pelawa aku kerja kat sana, tapi aku fikir punya fikir tak jadi sebab aku tak biasa pergi tempat orang, aku tak sangka dia sekarang pun dah teruk sikit maksud aku ekonominya, mungkin kerja siap tapi customer ada masalah kewangan jadi delay pembayaran, kalau begini keadaannya aku rasa kejatuhan ekonomi untuk tahun ni lambat sikit nak naik balik. Jadi kita kena lah bersedia dengan apa cara sekalipun.....................

TRAGEDI PALING DAHSYAT BUKAN LAH MATI KETIKA MUDA, TETAPI HIDUP SEHINGGA 75 TAHUN NAMUN MASIH BELUM MERASAI HIDUP DALAM ERTI KATA YANG SEBENARNYA.