Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


 Selamat menyambut tahun baru 2012, cepat betul masa berlalu, aku harap ditahun baru nanti dilimpah kan rezeki InsyaAllah, supaya aku dapat membantu golongan yang memerlukan.......amin..

Sabtu, 8 Oktober 2011

FOREX- SCLAPER ATAU SWING?


    Bila berdagang dalam forex selalu member tanya, "kau trading sclaper ke swing?", errrr... dulu aku trading swing lepas asyik kepala kena swing aku buat sclaper, tapi scalper selalu kena songlap aje, jadi mana satu nak ikut.
   
     Jawapannya dua-dua boleh jika trading plan kita bagus, yang penting target pendapatan sehari, seminggu atau sebulan kita tepat, contoh kita target sehari 20pips, seminggu ada 100pips, sebulan ada 400pips dan kita maintain pendapatan itu dan naikkan julatnya jika boleh.
   
       Banyak teknik2 trading boleh digunakan, contoh jika kita trading sclaper kebanyakan otai forex gunakan teknik pending order, yang merangkap pasaran sedang bergerak, jika kita trading swing selalunya otai forex akan mengenal pasti support dan resistance sebelum memulakan trade.

        Banyak kelas2 forex boleh diikut yang penting belajar dulu baru trade. Tanpa ilmu apa2 pun tak boleh dicapai........
 
       
 



Ahad, 31 Julai 2011

PELAJARAN KETIGA FOREX






  Selamat bertemu kembali, dah lama tak berblog, bila kita cerita pasal forex mesti benda ni key utama iaitu buy & sell, tapi bila masa kita nak buy atau kita nak sell, banyak blog yang promosi atau jual indicator yang taip, " main forex dengan senang" ceh! forex bukan benda main kalau main memang senang, tapi forex ni berdagang, berdagang ni ada untung ada rugi, tapi kalau rugi je memanjang jangan berdagang, kita kena sayang dengan duit kita. Jadi berdanganlah dengan selamat.

   Dulu aku pernah tanya otai forex masa bila nak buy atau sell, jawapannya " kalau semua orang tau masa bila nak enter dan untung semua orang dah jadi kaya" alamak otai pun pening, aku cuba bermacam2 indicator, lama2 jadi semak chart, nasib baik akau tak beli indicator kalau tak rugi aje.

   Selalu didalam forum mengatakan buy bila paling rendah dan sell bila waktu tinggi, tapi dimana waktu rendah & tinggi, ramai orang terkena kerana percaya, ada yang kena margin call duit habis sebab percaya matawang akan turun bila dah tinggi, tapi bila kita sell dia lagi naik, alamak!!!.

   Ada banyak cara untuk mengetahui waktu bila kita nak buy atau sell, salah satunya yang selalu aku guna adalah Divergence iaitu kita gunakan higher highs and lower low keterangan boleh baca disini http://www.babypips.com/school/divergence-trading.html, jadi aku letak kan gambar ehsan dari baby pips


Regular Divergence

 
 









Hidden Divergence











Jadi selamat mencuba, jangan main forex tapi berdagang untuk istilah yang betul pasti anda untung........

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA