Ahad, 4 Januari 2009

UNTUNG ZAMAN DULU



Tadi aku terbaca berita satu surat khabar tajuknya Suami isteri kesempitan wang sekolahkan tiga anak, menceritakan sepasang suami isteri mempunyai 5 orang anak berkemungkinan gagal meyekolahkan anak akibat tak mampu, Bapa hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja, sebenarnya ramai lagi diluar sana yang megalami nasib yang sama, mengapa jadi begini?

Dulu masa aku sekolah pun susah juga, tapi dulu lain yuran boleh bayar sikit-sikit, boleh bayar sampai hujung tahun, atau tak payah bayar langsung, tapi nak ambil sijil berenti sekolah tak boleh la, dulu aku ingat yuran sekolah ada la berapa ringgit saja, kalau pergi sekolah agama tu free aje. Sekarang Yuran dah free tapi yuran sekolah la, yuran lain macam biasa, macam macam yuran, yuran PIBG, yuran tandas, yuran tukang kebun, yuran sukan, yuran pelbagai dan macam-macam la...........

Itu belum cerita buku lagi, dulu buku teks free, sekarang pun free juga, tapi dulu beli buku tulis aje, sekarang beli buku tulis, buku kerja dan buku promosi (sendiri mau ingat) dan macam-macam lagi, sampai kan budak sekolah sakit tulang belakang bawak beban 5 kilo satu hari. Dulu aku pergi sekolah jalan kaki aje dalam 5 batu dari kampung, belanja 10 sen aje masa sekolah rendah, 10sen boleh beli macam-macam, sekarang 10sen cuma dapat 2biji cekelat HACK, sekarang pergi sekolah kena naik bas, jalan kaki takut anak kena culik, macam mana tu..............

Orang kata dulu susah, sekarang pun susah juga, zaman berlalu terlalu pantas, siapa yang tiada ambil peluang atau masih menunggu peluang akan ketinggalan, untuk mengejar kembali amat sukar, betul ke tu? entah la.................



1 ulasan:

  1. memanb betul apa yang saudara posting ni...
    Satu benda yang kita pernah kehilangan atau terlepas amat payah untuk kita dapatkan kembali. kalau dapat pun nasib2 saja..itu pun belum tentu sebaik yang terlepas dulu...
    saya bercakap melalui pengalaman saya yang selalu terlepas sesuatu yang begitu bermakna dalam hidup saya...Menyesal pun tiada guna.
    oleh itu,selagi ada peluang..rebutlah sebaik mungkin.

    BalasPadam