Khamis, 29 Januari 2009

UNTUNG PENJUAL KUIH


Baru-baru ni aku kepetrol station sebelum masuk kerja, bukan nak isi minyak tapi nak keluar duit, sekarang dah senang kalau nak keluar duit tak payah pergi bank lagi, kat stesen minyak pun ada, lepas keluar duit, perut pun rasa lapar sebab pagi tu aku tak sarapan jadi kebetulan kat depan stesen minyak tu ada warung jual kuih, jadi aku nak beli kuih karipap, nampak macam sedap, jadi aku pun keluar seringgit dan minta karipap seringgit, tiba-tiba tokeh kuih tu kata "sebiji karipap 40 sen"mak oiii bila masa naik harga, nak untung la tu, selalu aku beli kat tempat lain seringgit 3 ketul. jadi aku tanya 3 ketul berapa? dia jawap seringgit 20 sen, aku pun tak jadi beli, dalam hati aku cakap baik la cik kak makan sendiri je karipap tu, aku bukan tak mampu beli tapi nak ajar sikit kepada penjual jangan suka ambil kesempatan. Jadi aku beli kat tempat lain, ada pun yang jual murah.

3 tahun lepas aku cuba-cuba jual kuih kat pasar ramadan, tapi tak la untung sangat, aku heran macamana orang lain meniaga boleh untung besar, mungkin aku terlampau baik, buat kuih besar-besar mana nak untung, tapi untung sedekah tu banyak, mana taknya kuih selalu tak habis, jadi sedekah kat jiran, keluarga aku dulu masa aku kecil berniaga kuih kat pasar malam, Mak aku buat kuih manakala Ayah aku buat mi goreng, Ayah aku pakar buat mi goreng, sebab mi dia memang sedap, dia pernah ajar aku, tapi aku masak tak sedap juga, kepakaran memasak Ayah aku diambil oleh abang aku, dia ni memang pakar memasak.

Aku ada sorang kawan, dulu dia meniaga kuih tepi jalan, pagi berniaga kuih dan nasi lemak, petang jual goreng pisang dan air buah, aku tengok perniagaan dia boleh tahan untung ,boleh beli dua tiga biji kereta la, tapi meniaga macam tu susah nak dapat lesen, dua tiga kali gerai dia kena roboh oleh pebandaran, lepas roboh naik balik, lepas majlis penbadaran besarkan jalan, jadi terus tak boleh meniaga, sekarang kerja bawa bas kilang, ok juga, ada juga rezeki.

Aku sekarang sibuk sikit sebab baru nak set up sistem petanian aku tu, jadi jarang dapat update blog ni, terima kasih kepada yang sudi membaca, dan menghantar komen, baru baru ni kawan aku ada hantar link katanya buat kerja dirumah dapat duit, aku pun cuba, syok juga, kalu nak cuba klik link kat bawah ni...................

Buat duit dari rumah, Ahli percuma, duit masuk tiap-tiap minggu.

Ahad, 25 Januari 2009

UNTUNG PETANI


Aku dulu minat bertani, waktu habis sekolah dulu aku cuba- cuba bertani, dapat lah tanam sayur sikit, aku usahakan tanaman sayur dengan dua orang saudara aku, seronok tanam sayur ni tapi penat sikit la, sebab kena ambil air untuk jirus pokok-pokok tu, akhirnya dua orang saudara aku tarik diri, sorang pergi KL kerja di DBKL dan sorang lagi kerja kilang kat kampung aku, tinggal aku sorang, akhirnya aku pun tak tahan, pergi kerja kat KL juga, tinggallah sayur tu dijaga Mak aku.

Itu cerita dulu, sekarang aku rasa nak bertani balik sebab dah lama sangat kerja dengan orang, dah 20 tahun kerja tapi tak kaya juga yang kaya cuma tokeh syarikat aje, bila nak naik gaji ada je alasan untung tak ada la, tapi yang aku heran boleh beli kereta mewah, hampir setengah juta, beli rumah banglo sejuta lebih, tapi walau bagaimanapun aku berterima kasaih dengan dia sebab ambil aku bekerja, kalau tak menganggur aku, tapi aku rasa dengan keadaan sekarang mungkin jodoh aku dengan syarikat tempat kerja aku tu tak panjang kot. keadaan ekonomi pun tak berapa baik, lebih baik kita mencuba sesuatu yang baru.

Sekarang bertani dah senang dengan teknologi canggih, bertani sekarang dah tak perlukan tanah, ruang yang sempit pun boleh tanam sayur kalau tinggal kat rumah flat pun boleh tanam sayur, untuk makan sendiri la. kalau untuk menjual tu kena ada ladang, baru tadi aku pergi keNilai beli peralatan pertanian, jauh pergi, sebab kat situ aku dapat harga murah sikit lagi pun penerangannya bagus sikit, aku sekarang baru tahap nak belajar, jadi aku beli sikit-sikit dulu, aku tak mau macam setengah orang nampak je boleh buat terus pulun besar-besaran, tapi akhirnya lingkup sebab mereka tak ada R&D, R&D ni penting sebelum membuat sesuatu, orang kata sebelum buat projet besar buat projet prototypenya dulu, jadi kalau nak tau pertanian jenis apa yang akan aku usahakan, akan datang aku ceritakan dengan gambarnya sekali. sekian jumpa lagi...................


Khamis, 22 Januari 2009

UNTUNG PEJUANG


Dulu masa aku kecil, aku selalu melepak dirumah arwah Pak We aku (pak we tu gelaran bapa saudara aku, isterinya kakak mak aku) dia selalu menceritakan kesah pejuangannya masa zaman jepun, sambil menunjukan kesan peluru dan tetakan di badan, aku tahu arwah pak we aku tu seorang yang handal, sama macam arwah Ayah aku, tapi Ayah sedikit pun tak turun kan ilmunya pada aku, takut aku sombong katanya, kalau aku minta diajar, katanya pergi jumpa pak we kamu dia lagi handal, akhirnya dua-dua pun tak mahu ajar.

Orang dulu-dulu berjuang dengan ikhlas, walaupun ada sedikit kebangaan tapi tak pernah minta apa-apa, contohnya pakwe aku, ia tak pun kaya selepas jepun kalah, yang kaya orang lain, kehidupan pakwe aku biasa je, kerja nya imam masjid dipekan aku, iaitu pekan Padang Rengas, kita lihat banyak contoh pejuang dulu-dulu hidup pun merempat, kalau kita jumpa mereka, mereka akan cerita kisah pejuangan mereka, sebab mereka bangga dengan perjuangan mereka, kita hidup senang sekarang ini berkat perjuangan mereka, tapi pernah tak kita berterima kasih kepada mereka.

Konsep perjuangan tu berbeza-beza, pejuangan zaman sekarang lain, ada yang berjuang dalam politik, tapi perjuangan mereka tu ikhlas ke? ada perjuangan yang ikhlas. tapi banyak yang tak ikhlas, banyak yang ada kepentingan, contohnya kalau aku rapat dengan wakil rakyat ni aku berjuang bersamanya boleh gak minta projek, bila wakil rakyat tak bagi projek dia kutuk wakil rakyat tu macam-macam, itu cerita pejuangan politik.

Ambil contoh pejuangan sahabat Nabi iaitu Sayyidina Khalid Ibn al-Walid .Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat.

Ahad, 18 Januari 2009

UNTUNG ORANG KERAJAAN


Orang cakap kerja kerajaan ni untung dari kerja swasta, walaupun gaji kecil, kecil ke? sekarang ni kerja kerajaan pun gaji dah besar, dulu orang tak nak kerja kerajaan sebab gaji kecil, Abg aku dulu kerja LLN sekarang dah tukar TNB gaji masa tu 200 ringgit je sebulan, sebab tu orang suka kerja kilang, masa tu kalau kerja kilang gaji 300 ringgit sebulan, lebih sikit. Tapi diaorang tak tau kalau kerja kerajaan dapat pencen senang buat pinjaman, dan banyak lagi.

Abang aku sekarang dah pencen sekarang kerja bawa teksi hati pun senang, orang yang kerja swasta kalau tak pandai manage duit KWSP alamat masa tua dah tak berharga, sebab masih bekerja, sebab duit kalau dapat sekali menimbun alamat gelap mata, cepat aje habis, sebab itu kerajaan sekarang buat cadangan KWSP dibayar macam pencen, ada pro dan kontra tentang cadangan itu. Pada aku kita kena melihat jauh.............

Dulu aku pernah ditawarkan menjadi tenaga pengajar disebuah institut dibawah jabatan tenaga rakyat, walaupun dua kali panggilan tapi aku tak pergi, mungkin tiada rezeki aku kat situ, kalau tidak sekarang aku dah kerja kerajaan. Abang aku yang ke4 kerja kerajaan juga, walau tak sekolah tinggi tapi gaji dia selepas campur elaun kalah gaji aku.

Baru-baru aku balik kampung sebab Mak aku sakit, jadi balik tengah bulan ni tentu pokai sikit, duit dalam bank pun tinggal sikit nasib ada ASB, aku pun pergi la kepejabat Pos untuk keluarkan duit sikit sebab kat kampung aku tiada bank, selepas isi borang pengeluaran pegawai pos tu kata, kat sini kalau nak urusan saham cuma hari Isnin sahaja, mak oi mana punya undang-undang ni, masa tu urusan kat pejabat pos cuma dua orang sahaja, patut la tak ramai orang, kalau la ada kecemasan ke apa ke, nak kahwin duit hantaran tak cukup tak kan nak tunggu hari Isnin kot, ini la sifat orang kerajaan suka buat undang-undang sendiri.

Jadi terpaksa la aku pergi kebandar, sampai pejabat POS kat bandar punya la ramai orang, ambil nombor kira-kira lagi 30 orang, jam dah pukul 4.30 petang, jadi aku batal kan hasrat pada hari tu, pergi pada kesokan harinya, kesokan harinya dari pukul 9 pagi aku tunggu sampai la pukul 11.30 pagi baru nombor aku naik.

Itu cerita pejabat Pos, 3 tahun lepas aku beli rumah second hand, jadi kalau beli rumah mesti kena berurusan dengan pejabat daerah, untuk meluluskan pengeluaran duit KWSP plan rumah dan tanah kena sign DO, jadi aku dan agen rumah (kawan aku) pergi la kepejabat daerah untuk jumpa DO, sampai kepejabat DO, opis boy (nama je boy tapi dah nak pencen) dia kata DO tak ada pergi keluar ada kematian. Dia suruh kami pergi jumpa pegawai takbir, jumpa pegawai takbir, dengan muka yang tak ada senyum terus marah kat aku, dia kata kalau nak sign ni tuan rumah mesti kena datang terus melemparkan fail tadi balik kat aku, apa kena megena dengan tuan rumah dengan aku, yang nak sign fail aku, bukan tuan rumah, aku terus keluar, rasa memang aku nak tampar mukanya tapi fikir pejabat tak baik pula, selepas bincang dengan kawan aku, aku masuk balik nak jumpa dia buat rayuan, tapi sampai kat bilik, dia dah tak ada, awalnya pergi rehat..........

Jadi mahu tak mahu aku terpaksa pergi kepejabat daerah yang lain, sampai aku kat sana ADO tengah meeting jadi aku disyorkan jumpa pembantu takbir, yang ni perempuan, bila aku jumpa macam tu juga tak nak sign, persoalkan cukai pintu dan tanah dah bayar kebelum, apa buta ke tak nampak resit kat fail tu. Dengan kecewanya aku turun ke bawah pergi balik kepejabat ADO, nasib aku baik ADO dah habis meeting, ADO tak banyak tanya pun terus sign je, tak sampai 15 minit dah siap. Ada banyak pengalaman aku berurusan dengan kakitangan kerajaan, tapi kita cerita lain kali....................

Jumaat, 16 Januari 2009

UNTUNG POLITIK


Demam pilihanraya kecil P36 semakin hangat, Aku sebenar tak minat langsung pasal politik walaupun ramai member aku yang bergiat aktif dalam politik, Aku tengok mereka ni cari makan dalam politik, Aku bagi satu contoh ada sorang kawan aku ni, dia ni kontraktor kecil-kecilan, dulu masa aku jumpa, kat kereta dia penuh sticker UMNO, bila Selangor diperintah oleh PKR, Aku tengok kereta dia ada sticker PKR pula, bila aku tanya, dia kata cari makan beb.....

Itu sebab pada Aku walau siapa memerintah sekalipun pusingannya tetap sama, orang susah tetap susah juga, orang senang bertambah senang, ini bukan pasal malas atau apa, tapi pasal peluang tu tetap dapat kepada orang yang sama, yang menyokong hanya menang sorak sahaja.

Kekadang Aku tengok sairan langsung persidangan parliment, Aku tengok macam pasar apa yang dicerita pun aku tak faham, lepas habis persidangan apa usul yang mengutungkan rakyat pun tak ada, harga barang tetap mahal juga kemiskinan tetap no 1 juga.

Jadi untuk apa ada Wakil Rakyat? kalau nak syok sendiri, mungkin syok dapat elaun, kalau jadi menteri dapat gaji, gaji pun boleh tahan, 4 tahun jadi wakil rakyat boleh buat rumah banglo cukup la. Kekadang aku dah malas tengok TV3 program bersama mu tu, pasal nya, aku cerita sikit, mula satu kawasan tu ada DUN, lepas tu ADUN, lepas tu DO, lepas tu PENGHULU, lepas tu KETUA KAMPUNG, lepas tu JIRAN-JIRAN, kalau semua orang ni bertanggung jawab tak ada orang susah.

PRK P36 pun akan bermula esok, aku harap colan parti yang menang contohi la kepimpinan NABI, Kalau tak boleh kepimpinan para sahabat pun dah cukup bagus.

Isnin, 12 Januari 2009

UNTUNG UBI



Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas, itu bidalan orang dulu-dulu, tapi dah dilupakan, orang sekarang bidalan nya ayam bekokok atas batang, bak rokok sebatang, nasib baik aku tak merokok, kalau merokok pun aku tak bagi free kalau orang mintak sebab rokok dah mahal gila, kepada yang merokok tu berenti la, lagipun merokok tu membantu perkembangan ekonomi israel, lebih baik la duit nya tu disimpan buat beli senjata bagi kat perjuang palestin, boleh ke? mana boleh, nak kena gantung.........

Aku nak cerita ni bukan pasal rokok tapi pasal Ubi, dalam banyak-banyak ubi tu ubi kayu la yang paling aku suka, aku ingat masa dulu kalau musim cuti sekolah aku biasanya menolong ayah aku motong getah, tapi biasa la bulan 12 selalunya hujan, jadi kalau hujan pagi, tu yang aku suka, sebab tak payah pegi motong, lepas solat sambung tidur, lepas tu bangun masih hujan, jadi sarapan pagi tu mesti ubi rebus panas dengan kelapa parut atau ikan masin, aku suka makan depan pintu sebab tengah makan boleh tengok hujan turun.

Ubi kayu ni cukup senang tumbuh, cacak je batangnya kat tanah pasti tumbuh, lepas tu ubi kayu ni banyak kegunaanya, misalnya pucuknya boleh dibuat gulai lemak, itupun aku suka, boleh buat rebus cicah dengan sambal tumis, ubinya boleh dibuat rebus atau digoreng, buat lemang, buat kuih, juga boleh buat tepung. batang nya pula boleh buat.................., tu yang aku nak cerita sikit, masa aku sekolah rendah dulu aku tak ada basikal, kalau nak pergi mana-mana aku pinjam basikal abang aku, satu hari tu masa aku main bola, member aku dah laram basikal tu sampai langgar pokok mangga terus patah dua, member tu apa lagi terus cabut lari, apa nak buat aku dengan member yang lain hantar basikal tu balik, sampai kat rumah mak aku terus naik angin, member aku yang lain lari lintang pukang tinggal aku sorang, apa lagi mak aku patah kan batang pokok ubi, dan "pok,pok,pok,pok" empat das kat belakang aku, ha! tu la kegunaan batang ubi kayu.

Sekarang jarang dah orang tanam ubi kayu kat rumah, tanaman ubi pun dah dikomesialkan, dipanggil ladang ubi, banyak kilang-kilang menjual keropok ubi, ada sorang kawan aku tu kalau musim dekat raya sibuk jual kerepek ubi, aku tengok untung juga boleh buat belanja raya , sekarang ni kalau nak makan ubi rebus susah juga sebab ubi kayu pun dah mahal sekarang, kalau pergi pasar malam beli pucuk ubi, tapi yang dapat daun ubi, itu perniaga nak untung lebih, baru baru ni aku pergi pasar raya, aku tengok jejari ubi kayu pun dah ada jual, bukan jejari kentang je ada. Jadi kalau makan ubi kayu tu teringat kan masa lalu, kalau boleh dipusingkan masa aku mau pergi lagi ke masa itu, walaupun masa itu susah tapi hati senang...............





Sabtu, 10 Januari 2009

UNTUNG BATU


Orang kata untung batu tengelam, untung sabut timbul, agaknya mana yang kita pilih?, kalau aku, pilih batu sebab dia berat, aku pernah menghadiri ceramah, salah seorang penceramahnya saudara Ang Wang Seng penulis buku rahsia orang cina berniaga, dia kata kat Malaysia ni cukup senang buat duit, tapi dia heran masih ramai orang susah kat malaysia, salah satu contoh cari duit ialah berniaga batu, sekarang batu harga mahal, kalau tak percaya pergi la kepasar raya satu ikat pun mau 10 ringgit, batu buat letak kat taman, dulu batu sungai mana ada harga.

Aku rasa logik juga, orang dulu kalau menipu guna batu juga, menipu batu timbangan, timbang dulu pemberatnya dipanggil batu timbang, kalau orang tak pandai tengok boleh kena tipu, lagi satu tipu ialah letak batu dalam getah buku, bila timbang je berat semacam, walaupun untung tapi rezeki tak berkat, baik jangan cuba.

Kalau nak untung lebih berniaga batu permata, dulu masa aku tinggal di Kemaman terengganu, ramai orang muda berniaga batu permata, pergi cari batu kat bukit, lepas tu di canai, hasilnya memang cantik, orang - orang kat sana pakai cincin besar-besar sebab batu cincinnya besar, lagi sekarang ada orang jual batu aura, harga pun boleh tahan, kalau jual satu pun dah untung, dua bulan lepas, aku ada jumpa taukeh direct sealing dia tunjuk kat aku batu aura keluaran syarikat dia, aku tanya apa kelebihannya, dia kata mula- mula rapat kedua-dua tangan dan tengok jari sama panjang ketidak, aku tengok sama saja, lepas tu dia suruh aku pengang batu dengan tangan kanan selama 3 minit lepas tu ukur semula tangan tadi, aku tengok jari kanan aku tu panjang sikit dari kiri, bagus tu, kalau gitu batu tu bagus..........(biar aku sorang je tau).

Batu yang kita sepak kat tepi jalan tu amat berharga bagi rakyat palestin buat baling kat yahudi laknat tu, sebab itu saja yang mampu, tapi kalau seluruh orang islam bersatu sorang baling satu batu kat negara yahudi tu aku percaya, semua orang yahudi tu mati macam kena rejam, jadi rejem yahudi menjadi rejam yahudi, walaubagaimana pun aku berdoa akan kemenangan orang Islam didalam menentang yahudi laknat tu...........................

ps. kalau nak untung macam batu klik la kat bawah ni percuma je.





Khamis, 8 Januari 2009

UNTUNG VIRUS


Dua hari ni memang hari gelap aku, bukan tebing gaza aje diceroboh Laptop aku pun kena ceroboh, jehat betul, walaupun pertahanan kental pun lepas juga, ni aku update pun guna anak aku punya laptop sebab aku tengah cari punca apa pasal Laptop aku tak boleh masuk internet, rupa-rupanya dia dah kacau aku punya device manager, ni aku tengah instal balik driver yang hilang. Letih juga di buatnya................

Aku kalau sehari tak tengok internet rasa dunia macam gelap je, tu yang aku boring tu, tapi sekarang budak budak dah pandai, selain pandai main game dah pandai buat virus, kekadang orang buat virus ni pun nak cari untung, sebab boleh curi maklumat orang dan jual atau guna sendiri, tak baik la buat begitu, tapi orang jahat mana tau baik buruk, ya tak ye juga...............

Isnin, 5 Januari 2009

UNTUNG BULAN JANUARI


Selalunya bulan ni yang dinanti oleh ramai orang, mana taknya bulan bonus, tapi kebanyakan pekerja industri mungkin tak dapat sebab syarikat ada alasan tak nak bayar, alasan ekonomi jatuh la konon, tapi dia tak fikir setahun tu pekerja betul-betul tekun buat kerja, kalau tak bagi banyak bagi sikit pun jadi, boleh la buat lepas bayar hutang.

Bagi yang menabung didalam saham amanah masa ni pun senyum juga, bagi yang menyimpan banyak la, kalau menabung sampai 20ribu adalah dalam 1000 lebih tambahan duit, boleh keluar buat beli barang atau bayar hutang, tapi kekadang dapat banyak pun duit nya tak nampak, masa ni la macam-macam hal nak bayar, bayar saman la, kereta rosak la, paip air pecah la, tayar botak la, letih dibuatnya................

Kekadang kalau kita hantar kereta kat pomen pada bulan ni, pomen siap tanya banyak tak dapat bonus tahun ni? ha! itu nak untung la tu, sat lagi ada saja yang rosak banyak, macam-macam orang cari untung, setengah orang bila dapat bonus ni mesti tukar sport rim, ini kedai tayar banyak buat untung masa ni.

Aku pernah tanya member macamana nak dapat bonus banyak? dia kata senang je tu masuk direct sealing dapat bonus tiap-tiap bulan, ye tak ye juga....... sekarang ada program yang boleh dapat hari-hari, tapi boleh dapat ke..............

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

Ahad, 4 Januari 2009

UNTUNG ZAMAN DULU



Tadi aku terbaca berita satu surat khabar tajuknya Suami isteri kesempitan wang sekolahkan tiga anak, menceritakan sepasang suami isteri mempunyai 5 orang anak berkemungkinan gagal meyekolahkan anak akibat tak mampu, Bapa hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja, sebenarnya ramai lagi diluar sana yang megalami nasib yang sama, mengapa jadi begini?

Dulu masa aku sekolah pun susah juga, tapi dulu lain yuran boleh bayar sikit-sikit, boleh bayar sampai hujung tahun, atau tak payah bayar langsung, tapi nak ambil sijil berenti sekolah tak boleh la, dulu aku ingat yuran sekolah ada la berapa ringgit saja, kalau pergi sekolah agama tu free aje. Sekarang Yuran dah free tapi yuran sekolah la, yuran lain macam biasa, macam macam yuran, yuran PIBG, yuran tandas, yuran tukang kebun, yuran sukan, yuran pelbagai dan macam-macam la...........

Itu belum cerita buku lagi, dulu buku teks free, sekarang pun free juga, tapi dulu beli buku tulis aje, sekarang beli buku tulis, buku kerja dan buku promosi (sendiri mau ingat) dan macam-macam lagi, sampai kan budak sekolah sakit tulang belakang bawak beban 5 kilo satu hari. Dulu aku pergi sekolah jalan kaki aje dalam 5 batu dari kampung, belanja 10 sen aje masa sekolah rendah, 10sen boleh beli macam-macam, sekarang 10sen cuma dapat 2biji cekelat HACK, sekarang pergi sekolah kena naik bas, jalan kaki takut anak kena culik, macam mana tu..............

Orang kata dulu susah, sekarang pun susah juga, zaman berlalu terlalu pantas, siapa yang tiada ambil peluang atau masih menunggu peluang akan ketinggalan, untuk mengejar kembali amat sukar, betul ke tu? entah la.................



Jumaat, 2 Januari 2009

UNTUNG SEKOLAH



Dua hari lagi sekolah dah nak bermula, anak aku nampak relak je, budak sekarang macam tu la, aku dulu masa nak buka sekolah cukup gembira, sebab dapat baju dan kasut baru, kasut tu siap bawak tidur lagi, walaupun cuma kasut getah je, itu kira dah mahal tu, dulu masa aku jadi budak tak pernah fikir bahawa belanja nak masuk sekolah tu mahal juga, terima kasih la pada orang tua aku, diaorang kerja keras untuk menyekolahkan aku, supaya menjadi orang berguna, beruntung aku, ada orang pada zaman aku dulu tak sekolah pun ada, ye la masa tu ramai orang susah, kerja kampung berapa sen yang dapat, aku dulu kalau cuti sekolah tolong ayah aku motong getah, dapat la sikit duit belanja, mak aku pun kerja juga masa tu, jadi kepala motong rumput kat kebun getah orang putih, masa tu mana ada mesin rumput, pakai pisau penebas je.

Aku dulu belanja cuma 20sen aje, kalau nak makan mi kena simpan besok sebab mi sepingan 40sen, macam tu la dulu, sekarang lain belanja kalau tak seringit tak boleh, sekarang di semua barang dah mahal, kalau belanja 20sen tu apa yang boleh beli, minyak dah turun harga tapi barang tak turun harga, kuih kalau kita beli seringit dapat 3, kalu dulu kuih tu sebiji boleh tiga kali gigit, sekarang sebiji sekali telan je, semuanya gara nak untung lebih, sebab itu bagi yang banyak duit dia tak heran, bagi yang tak banyak duit tu yang heran. ye ke ayat tu..... entah la aku pun tak tau..........

Ini nanti anak aku dah start sekolah, macam-macam hal ada, yang aku rimas tu ada je tiap-tiap bulan bawa balik kertas - kertas promosi buku dah tu budak- budak mesti nak beli, pandai betul diorang berniaga nak untung lebih, lagi satu derma, ada je derma itu la derma ini la, pelik la aku, bukan tak boleh bagi kekadang dermanya tu datang hujung bulan, ingat kerja kerajaan ke gaji 24 haribulan, kerja swasta ni gaji paling awal pun 4 haribulan, itu cikgu-cikgu kena faham. Itu sebab aku dok fikir nak cari duit lebih, bukan apa dapat la hulur derma on time..................

Khamis, 1 Januari 2009

CARI UNTUNG


2009 ni satu cabaran baru bermula, buat masa ini ekonomi tak berapa baik, apa bisnes yang bagus nak buat, member aku sekarang sibuk beralih ke pertanian, ada yang sibuk projek serai, malam tadi hajat nak jumpa taukeh baja, tapi sampai rumah dia, kosong da! bila call rupanya tengah sibuk beli peralatan sekolah anak. Sekarang ni kalau bulan 12 aktiviti apa pun kurang menjadi terutama bisnes la, sebab masa ni musim khawin (kenduri), sekarang khawin pun dapat untung, mak bapak la! mana tak nya ada member aku tu mengeluh dia kata hari minggu je ada 12 jemputan, kalau pergi semua rabak poket, kalau tak pergi semua tu kawan, macam-macam.......

Masa tu la juga nak buat persediaan sekolah anak-anak, kalau ada anak la! itu sebab kalau nak ajak orang buat bisnes jangan la pilih bulan 12, pilih bulan lain, tapi bulan lain pun dia orang ni cakap sibuk, asal jumpa je sibuk, sibuk memanjang tapi tak kaya juga, sekarang kita kena buat persediaan, maksudnya walaupun kita ada kerja, tapi kena stand by pendapatan part time, sebabnya dengan keadaan ekonomi yang tak ok ni bila-bila syarikat boleh buang kita dengan alasan yang boleh diterima, lagi satu kalau siapa yang berani boleh beli saham, sebab harga dah murah, kalau tak berani boleh beli saham amanah seperti public mutual, lepas tu simpan, tengok bila ekonomi pulih nanti untung kita. Aku sekarang ni dok tengah cari apa projet bagus yang boleh untung, kalau ada tu kongsi-kongsi la jangan makan sorang..........


UNTUNG TAHUN 2009

Tahun 2009 dah pun masuk, apa AZAM? aku azam tahun lepas dan tahun selepasnya nak jadi kaya tapi sampai sekarang tak kaya lagi, tahun ni aku azam nak jadi jutawan pula, tolong doakan la, ramai orang nak jadi jutawan, tapi bila tanya apa bisnes? ada la kecik-kecik...., bisnes kecik mana boleh jadi jutawan, tapi aku dok fikir bisnes apa yang boleh jadi jutawan, aku ada jumpa sorang kawan lama, aku tanya dia kalau nak kaya macamana? dia kata "masuk politik", betul ke masuk politik boleh jadi kaya? ya tak ya juga, aku tengok kebanyakkan ahli politik tak kira parti apa rumahnya besar-besar juga, ahli politik boleh buat bisnes ke? boleh kut, entah la.........

Tahun baru ni nak buat untung lebih, sebab nak beli kereta besar sikit, mana taknya sekarang nak bawa anak jalan-jalan pun dah susah, dah tak boleh bawa muatan lebih sebab kena pakai tali pingang lebih (tali pingang belakang) tali pingang ada 3, orang ada 4 macamana? tak kan la nak tinggal sorang kat rumah, pada dasarnya kalau ia dapat mengurangkan kemalangan aku setuju, tapi kalau nak mengurangkan kematian aku rasa tak berapa logik, kalau dah keretanya hancus pakai talipinggang pun mati juga, aku tengok kadar kematian kemalangan, peratus yang lebih bukan berpunca dari orang belakang, tapi orang depan, sebab orang depan selagi meter tak rapat atau selagi boleh tekan, tekan jangan tak tekan, lampu kuning bukan nak berenti lagi laju ada, kalau motong ni pantang nampak, panjang ke pendek ke, konar ke, double line ke potong je, kadar kesopanan pemandu di malaysia ini masih kurang, jadi nak buat macamana? aku pun tak tau.........

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!