Sabtu, 27 Februari 2010

UNTUNG CUACA PANAS


Sekarang cuaca cukup panas, kalau parking kereta kat luar dalam dua jam stering dah tak boleh pegang, kalau hujan, betul-betul lebat. Aku semalam pergi Shah Alam jumpa kawan, masa nak balik hujan turun lebat gila jalan pun tak nampak, tapi bahang panas masih terasa, balik rumah tidur malam pun masih berpeluh.

Tapi cauca panas ni memberi keuntungan kepada tokeh ais batu, dan tokeh minuman, semalam aku lepak kat gerai member aku pun minum sampai tiga gelas nasib baik bukan aku yang bayar, untung la sikit, masa ni la gerai-gerai yang jual ais buat untung.

Esok aku kena pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil kena spare air mineral banyak sikit, kalau tak, mau pitam bayar harga minuman, kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut pasal edymiumXOX boleh jumpa aku kat sana.............

BUAT KERJA SEKALI UNTUNG HARI-HARI, DAFTAR PERCUMA DISINI

Sabtu, 20 Februari 2010

UNTUNG BILA MASUK TV



Sempena Tahun Baru Cina, aku pun ambil kesempatan balik kampung, saja nak menyesakkan lebuh raya, bukan tak boleh balik hari biasa...., jadi kebetulan anak saudara aku yang tinggal di Putrajaya pun ada kat kampung, dia ajak aku pergi perkena mi udang kat kuala sepetang, mi udang ni pernah top masa pilihan raya bukit gantang tak lama dulu, selalu masuk TV dan surat khabar masa tu, walaupun dekat dengan kampung aku, aku tak pernah pergi, ni baru 1st time nak pergi, jadi siap-siap dalam pukul 6 pm kita orang pergi, sampai sana dalam 6.20pm gitu, mak oiii punya la ramai orang, terpaksa tunggu orang habis baru dapat duduk, kena ikut turn.....

Dah dapat tempat duduk kami pun order la, dok sembang sembang air pun sampai, tunggu punya tunggu, punya tunggu dah mahgrib mi tak sampai lagi, aku tengok ada 2,3 keluarga dah blah tanpa sempat menerima hidangan, mungkin nak pergi solat mahgrib kot.... entahla..... lepas tu aku dengar bising-bising, bunyinya macam ni "oii mana pesanan ni orang dah tunggu lama, ni datuk nak makan, ingat aku tak ada duit ke? "jadi kelam kabut la pelayan tu melayan datuk mana tah... yang sampai kemudian dari aku, aku yang sampai dulu pun belum dapat, kesian aku tengok anak-anak aku dan saudara aku dah letih menunggu sampai air pun dah nak habis, jadi anak saudara aku pun panggil pelayan nak tanya pasal mi tadi, dia pun cakap baru nak buat.

Bila mi sudah sampai aku tengok dan rasa mi nya tak la best mana, mungkin kerana terlalu ramai orang jadi mutunya berkurangan tapi undangnya memang banyak harga pun boleh tahan.


Jadi moralnya bila dah masuk TV mesti untung, dan kena persiap dari segi kualiti dan layanan.




INI PUN UNTUNG JUGA TAK LAMA LAGI AKAN MASUK TV, CEPAT DAFTAR PERCUMA DISINI