Ahad, 28 Mac 2010

HIDUP INI ADA HAK


Hidup ini ada hak, dan kita patut mempertahan kan hak kita dari dirampas walau pun bekecai nyawa dari badan, hak ini untuk anak cucu kita.



YANG PENTING HAK KITA UNTUK MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT.

Jumaat, 12 Mac 2010

CERITA LAMA

Hari ni entah apa angin member aku, gurau sikit terus merajuk, lepas tu dah tak angat handphone, apa lah nasib aku hari ini, ni yang dikata sebab pulut santan binasa sebab mulut badan merasa, betul ke peribahasa tu, macam salah je......

Aku ni memang dilahirkan kaki bergurau, dulu masa aku duduk di asrama, aku selalu perkenakan member aku, dia ni badannya gemuk sikit, kalau dia balik ke asrama dari kelasnya selalunya dia akan berlari dan terus lompat keatas katil terus tidur, satu hari aku lipat kan sikit kaki katil, jadi macam biasa dia lari terus lompat dan katilnya pun jatuh sekali, dia punya marah, aku buat bodoh je.....

Kadang-kadang bila malam budak-budak pakat masak mi segera pakai heater, aku masa tu bukan ada duit jadi aku minta la sikit mi segera, tapi pakat tak bagi, jadi aku pergi kat main switch terus tutup, gelap semua.......

Jadi untuk di jadikan cerita member-member aku dah plan baik-baik punya untuk perkenakan aku, hari tu hari jumaat pada 1 april 1988 iaitu hari april fool, selalunya hari jumaat petang selepas kelas ramai student ambil kesempatan balik kampung termasuk la aku, jadi lepas kelas aku pun berlari balik ke asrama untuk balik kampung malangnya almari aku telah dikunci dengan mangga bukan aku punya, bila di tanya ,member aku buat bodoh aje, masing-masing dah meninggal kan asrama, tinggal aku masih mencari kunci locker, akhirnya jumpa juga, tapi kasut aku sebelah dah hilang, cari punya cari baru jumpa, jam sudah pukul 6 petang, terus siap-siap pergi bus station. sampai kat sana tiket untuk pukul 8 malam dah habis, cuma ada pukul 9 malam, pasal perjalanan tu mengambil masa kurang lebih 1 jam, jadi aku rasa boleh la, sebab dari Penang ke Taiping, lepas tu aku kena naik bas loncat untuk kekampung aku, bas last pukul 11 malam.

Dalam perjalanan tanpa disangka, polis telah membuat road block, dan jalan pun telah menjadi jem, masa tu mana ada lebuh raya, akhirnya aku sampai keTaiping pukul 11.20minit malam, mana ada bas dah nak balik kampung, nak telefon ayah kat rumah tak ada telefon lagipun diaorang nak ambil dengan apa, tanya teksi nak sampai RM10 mana aku ada duit, naik bas baru RM1.20SEN. Jadi aku pun tidur di stesen keretapi sampai pagi, ini baru dikenakan dengan betul, betul-betul april fool punya.

Kepada rakan-rakan aku yang kebetulan singgah ke blog ini, aku nak minta banyak maaf jika selama ini perbuatan aku ada menyinggung hati masing-masing, kita ni manusia tiada yang sempurna, sedangkan Nabi pun selalu memohon maaf, dan meminta ampun.