Selasa, 30 Disember 2008

UNTUNG BESAR

Dua tiga hari lepas Aku ada jumpa sorang member, dia ni minat internet terutama buat duit kat internet, macam-macam buku dibelinya, tapi aku tengok buku tu je la, buatnya belum lagi, itu la kalau kerja ada planning tapi tak ada perlaksanaan, bila aku tanya katanya sibuk dengan kerja, aku ni pun sibuk dengan kerja dah 20 tahun kerja makan gaji, tapi kaya tak juga, sebab untung sikit Bos yang untung banyak, aku ni baru je buka Blog ni, itu pun tanya member macamana nak buat, maklum la dah tua baru nak belajar.
Cerita pasal belajar ni teringat kat anak saudara aku, nama je anak saudara tapi dia lebih tua dari aku, kerja kerajaan biasa je, tapi sampai sekarang tak abis belajar, sekarang ambil Master, Raya Haji aku jumpa dia, katanya dah habis ni nak ambil PHD pula, tapi yang aku heran pangkat tak naik juga. Aku ingat tahun Raya tahun lepas, dia tanya aku ada kenal wakil rakyat tak? aku tanya kenapa? nak minta tolong pindah kerja. Bukan pindah tapi berhijrah, ya tak ya juga. Itu cerita orang pandai tapi tak untung juga, yang untung Bos dia, tapi sapa Bos dia, sendiri mau ingat..........
Ok la, aku pun dah letih, kalau aku ada projet besar aku bagi tau la korang nanti, sapa korang tu, aku pun tak tau...........