Ahad, 15 Februari 2009

UNTUNG JUALAN LANGSUNG

Dalam minggu lepas aku sibuk sikit dicampur dengan demam jadi tak dapat update blog macam selalu, aku ronda-ronda lawat blog kawan-kawan ok juga banyak mesej yang aku dapat, sambil tu aku lawat juga blog-blog remaja yang baru kenal dunia, ok juga mereka ni ramai kawan blog mereka meriah, dalam banyak-banyak blog tu aku terbaca satu blog yang artikelnya berbunyi bergini MLM SORRY LA......

Aku ni bukan pandai pasal MLM ni tapi bila aku baca blog tu, aku terasa ingin membetulkan pandangan mereka tentang MLM, ramai orang rasa MLM ni satu benda yang tak baik dan merugikan terutama generasi muda, bila pandangan mereka salah sebenarnya hanya merugikan diri mereka sahaja, pada pandangan mereka masa muda ini cukup la sekadar ada kerja dan gaji yang lain-lain tu difikirkan kemudian yang penting enjoy.......

MLM adalah salah satu cabang jualan langsung, Jualan langsung telah bertapak kat malaysia ni dah lama, konsep jualan lansung ni adalah kita ambil dari kilang dan terus jual, contoh kita beli keropok dari kilang banyak-banyak lepas pek dan jual kepada pelangan itu pun dinamakan jualan langsung, MLM ni pun macam tu juga tapi ia perniagaan berangkaian atau networking, aku pun dulu tak paham, masa member aku ajak buat MLM aku asyik larikan diri, kalau dia kata nak datang malam kat rumah, aku awal-awal dah keluar, sebab pada fahaman aku dulu MLM ni macam setengah jualan langsung yang pergi ketuk-ketuk pintu rumah orang, aku kalau bab tu memang tak boleh buat punya, lepas satu member aku ajak pergi satu syarikat MLM katanya tengok-tengok je, apa lagi aku pun terus buat OT sampai pukul 9 malam, bila aku balik kerja aku tengok member aku masih ada kat depan rumah, mahu tak mahu aku ikut juga, sampai kat sana aku pun dengar, memang lain dari apa yang aku sangka, jadi aku pun join, member aku tak letih untuk mengajar aku, jadi dalam sebulan tu pendapatan tak la banyak, ada la dalam seribu lebih, oleh kerana aku buat part time sahaja pendapatan tu dikira ok la juga, lepas dua tahun aku buat aku berenti sebab ada sikit masalah dengan produk. lepas tu aku ada buat sikit-sikit dengan macam-macam syarikat.

Pada aku MLM ni satu perniagaan yang unik, sebab apa aku cakap macam tu, kalau hari ini kita sponsor kawan kita esok dia pergi kekedah contohnya dan dia sponsor kawan dia kat sana, kawan dia kat sana buat satu networking kat kedah, kita akan dapat setiap percen belian mereka disana walaupun kita tak kenal mereka, kalau kita bandingkan dengan kerja makan gaji, kalau gaji kita RM2000 tiap-tiap bulan kita dapat RM2000 juga kalau rajin buat ot mungkin boleh dapat sampai RM2500, tapi MLM ni kalau kita rajin pendapatan kita boleh cecah RM5000 atau RM10000 sebulan sebab pendapatan dia tiada had.

Kita selalu buat pilihan tak tepat contohnya MLM adalah pilihan terakhir kita kalau ekonomi gawat, itu pandangan salah, sebab masa tu mungkin kita tak ada modal, sebab nak buat perniagaan perlukan modal, sebab itu bila orang buat MLM dia gagal, kita nak buat MLM ni penting nya waktu kita senang anggap ia satu perniagaan mengutungkan dan bermula dari umur yang muda, buat satu target, ramai orang buat MLM ia gagal, puncanya ia tak faham mana satu MLM dan yang mana satu Skim cepat kaya. ramai orang terjebak dalam skim cepat kaya yang bertopengkan MLM, skim ini lah yang merosakkan nama MLM itu sendiri.

Kita mungkin pernah dengar nama Robert T.Kiyosaki seorang Billioniar dalam bidang hartanah, dia berkata dalam bukunya, MLM adalah guru yang hebat didalam jual beli, begitu juga Donald Trump dia menjawap satu pertanyaan jika diberi pilihan perniagaan apa yang inggin dibuat dia menjawap Network makerting, jadi MLM ini memang hebat, yang tak hebat kita selalu mendengar cerita dari orang yang gagal, hari ini kalau kawan kita datang cerita pasal MLM kalau kita tak nak join doakan dia berjaya, kita jangan kutuk dia.

Kepada yang muda-muda baru kenal dunia buat lah pilihan masa depan anda dengan tepat, mungkin idola anda Irfan Khairi jutawan internet atau pun gobala krisnan, zamri nayan dan ramai lagi yang menjadi kaya dalam bisnes internet, walaupun mereka kata itu bukan bisnes jualan langsung, tapi itu sebenarnya adalah bisnes jualan langsung juga. dengan perkembangan teknologi internet sebenar bisnes MLM dah menjadi mudah, baru tadi ada dua orang member aku datang rumah nak sponsor bisnes MLM kat aku, dan aku doakan mereka berjaya menjadi jutawan.

kita lihat testimoni orang berjaya dibawah ini:-




Jangan lepaskan peluang buat duit sambil baca email


2 ulasan:

  1. Salam ziarah. Nice blog.

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  2. Terima Kasih kerana melawat blog saya, salam perkenalan.

    BalasPadam