Sabtu, 21 Februari 2009

KISAH HARI INI

Makan nasi lauk minyak

Oleh Rashidi Karim



KUALA PERLIS: “Pada mulanya (selepas suami menghilangkan diri) cukup sukar dengan ada ketikanya saya cuma memasak nasi untuk melegakan hati anak-anak yang sedang lapar dan menunggu penuh harapan walaupun lauk-pauk tidak ada kerana kami tiada duit membeli sayur dan ikan.

“Namun kini, bagi enam anak saya ini sudah biasa dengan nasi berlauk kicap dan minyak lauk (minyak yang sudah digunakan untuk menggoreng ikan),” kata ibu beranak enam, Faridah Hashim, 30, dari Taman Pelangi, Kampung Tanah Baru, di sini, semalam.

Menurutnya, keperitan hidup yang dialaminya dan enam anak berusia antara enam hingga 14 tahun amat ketara selepas mendakwa suaminya menghilangkan diri sejak dua bulan lalu dengan hanya meninggalkan wang belanja RM150.

“Saya buntu memikirkan masalah dihadapi sekarang. Tambahan pula lima daripada enam anak saya masih bersekolah,” katanya ketika ditemui, semalam.



Anak sulungnya, Siti Hajar Wahbzan, 14, dan Nurul Fatihah, 13, menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis manakala Nurul Awani Fatin, 10, Mohd Jazrin, 9, dan Mohd Safuan, 7, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis.

Anak bongsu Faridah, Mohd Shamil Alif, pula tidak mengikuti kelas tadika walaupun kini berusia enam tahun.

Tinjauan Harian Metro mendapati rumah teres papan dibina kerajaan negeri yang diduduki keluarga terbabit adalah percuma tanpa sebarang sewa atas ihsan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagaimanapun, bekalan elektrik di rumah Faridah sudah lama dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan mereka memperoleh bekalan dari rumah jiran bersebelahan untuk membolehkan anak-anaknya mengulang kaji pelajaran.

Bekalan air pula menunggu masa untuk dipotong memandang sudah beberapa notis dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas bil tertunggak dengan banyak.

Paling menyedihkan, ketika tinjauan mendapati Mohd Syamil Alif menangis kerana demam.

Faridah juga terpaksa menanggung ibunya, Nagkiah Nik Ahmad, 58, yang mengalami masalah mental dan terpaksa ‘dikurung’ di dalam bilik rumah berkenaan.

Lebih malang, anak kelimanya, Mohd Safuan, disahkan menghidap penyakit jantung berlubang dan perlu melakukan pemeriksaan di hospital secara berkala.

Faridah berkata, dia kini dalam proses menuntut cerai terhadap suaminya selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang sering mengabaikan tanggungjawab.

Sumber HARIAN METRO.

Renungan:-

Sering kali kita membaca dan mendegar berita seumpama ini, tapi apa kah tindakan kita, sebab itu saya selalu saran kan kepada kaum ibu atau wanita pelajari seberapa banyak kemahiran semasa kita senang supaya ianya berguna diwaktu kita susah, jangan lah bila kita telah menjadi isteri tugas kita hanya di dapur sahaja, dan biarkan tugas mencari duit dilakukan oleh pehak suami,

Belajar cara cari duit, contoh yang paling senang belajar menjahit ke atau bercucuk tanam, kalau nak advance belajar lah menjual barang contohnya buat direct sealing, tapi cari syarikat yang betul, belajar sistem dia, InsyaAllah kalau kita berusaha pasti berjaya, jangan malu-malu, buat baik tak perlu malu,

Hari ini ramai golongan wanita dan ibu tunggal menjadi kaya hasil dari jualan lansung. Lagi sekali nasihat saya gunakan kelebihan waktu kita senang sebaik mungkin untuk gunakan diwaktu kita susah, hidup ini seperti roda jadi kita sentiasa kena bersedia...........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan