Ahad, 3 Januari 2010

UNTUNG PASAR MALAM


Kalau kita sebut pasar malam semua orang tahu, budak kecik pun tahu sebab dapat beli kuih dan mainan, dulu kawan aku pernah apply nak dapatkan tapak pasar malam dah dapat tapi ada orang dengki buat report mengatakan dia bukan penduduk kat situ, lansung lesennya di batal, orang macam tu pun ada........

Baru-baru ni sempena tahun baru, aku ada pergi pasar malam kat tempat aku, dah lama tak pergi ke pasar malam, kalau pergi beli kuih sahaja, kali ini teringin nak makan hati masak lada hitam, jadi aku pun pergi la. Sampai kat situ punya la susah cari parking, pusing-pusing akhirnya jumpa, jadi aku pun merayau-rayau la kat pasar malam cari gerai daging, sebab dah pergi agak lewat banyak yang dah habis, jadi jumpa satu gerai itu pun hati dah habis, jadi aku beli daging aje, sebelum beli tu aku tanya si penjual tu sebab aku tengok daging tu macam dah tak elok, tapi dia kata daging tu elok dan baru, aku pun beli setengah kilo, kemudian aku beli keropok lekor sikit dan roti john.

Bila aku masuk je dalam kereta tutup pintu, bau semacam je kereta aku, macam bau longkang, nak sedapkan hati mungkin bau longkang tempat aku parking kereta tadi, tapi dah jalan jauh pun bau masih ada, pulak tu makin kuat sampai loya tekak aku. sampai kat rumah aku letak kan daging tadi dalam singki untuk basuh, bila aku basuh baru aku tau yang daging tadi dah busuk, nak buat cam mana, buang aje la.....

Nak cool kan hati aku yang marah ni aku pun makan la roti john, puhhh mentang-mentang garam tak naik harga, agaknya berapa kilo taruh garam sampai pahit roti john dibuatnya. lepas tu akupun makan la keropok lekor, ini pun satu keropok pun dah berlendir, lansung putus selera, malam tu aku tidur dengan perut yang kosong dan hati yang panas.....

Orang dah bagi peluang berniaga buat la elok-elok, kat luar sana ramai yang nak dapat peluang tapi tak ada, berniaga ni mesti jujur jangan kejar untung sahaja, buat cara Rasullulah berniaga untung tapi tak menipu, tak kayanya dengan menipu.........

SATU REVOLUSI BARU TAK PERLU MAKAN, MINUM ATAU GOSOK CUMA TAMPAL SAHAJA. HEBAT........

1 ulasan:

  1. Terima kasih bujang susah atas nasihat yang berguna, banyak yang perlu saya belajar.Terima kasih juga kerana sudi melawat blog saya.....

    BalasPadam