Selasa, 5 Januari 2010

UNTUNG ORANG ISLAM

Baru-baru ni aku ada masuk satu blog politik, aku terkejut dalam blog tu ada cerita pasal kampung aku, ada gambar surau yang kena roboh dan banyak juga rumah yang kena roboh, lepas tu gambar banner yang tulis " mana wakil rakyat? kami kena tipu" lebih kurang macam tu la tapi orang nya tak ada, lepas tu orang yang hantar gambar tu pakai nama samaran la pulak....

Jadi pasal itu kampung aku, aku kena betul kan la yang mana tak betul, jadi aku komen la sikit bagi tau bahawa bukan semua tu betul, sebenarnya kampung aku akan dibina laluan keretapi berkembar, jadi tanah siapa yang terkena, alamatnya kena pindahlah, lepas tu dapat pampasan, tentang puas hati ke tak puas tu tak ada la pula orang kampung aku bercerita, mereka pindah aje, termasuk la surau pun kena pindah. Jadi selepas segalanya siap termasuk membina surau baru, baru la kerja meroboh dijalan, oleh kerana surau itu berada ditepi jalan, entah geng mana la yang ambil gambar dan hantar kan blog yang berstatus YB, sepatutnya YB itu kaji dulu baru siarkan cerita tu supaya tak menimbulkan fitnah.

Selepas memberi komen ada pulak mamat mana entah yang kata aku tipu pula, dia kata mana ada surau baru kat kampung aku, mamat tu pula duduk kat melaka, tu yang aku musykil macamana orang melaka boleh tahu kat kampung aku tak ada surau baru, agak nya yang aku pergi sembahyang tu bukan surau kot mungkin macam ni kot..........



Fikir lah sendiri, Fitnah itu amat besar Dosanya............

CAPAILAH IMPIAN ANDA DITAHUN 2010, DAFTAR SEKARANG.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan