Ahad, 8 Februari 2009

UNTUNG JUAL BURGER


Bila cerita pasal burger semua orang tahu, ia sejenis makanan segera yang sedap, kalau yang buatnya tu pandai la, aku pun suka makan burger, tapi bukan selalu dalam sebulan tu mungkin sekali atau dua kali, lagi pun burger ni bukan lah makanan yang menyehatkan, sebab ia mempunyai kadar kolari yang tinggi, boleh menyebabkan gemuk, tapi orang suka buat bisnes ni sebab ia adalah satu bisnes yang senang dan mudah, ye ke............

Dulu kawan baik aku pun buat bisnes ni, burger dia memang sedap, dia berniaga kat seksyen 7 shah alam, masa tu rumah flet kat situ baru orang duduk, aku selalu juga lepak kat situ kalau tak ada kerja, bukan tak mau tolong tapi aku tak pandai buat burger, dia berniaga malam dari pukul 7 sampai 12 tengah malam, perniagaan dia boleh tahan, sebab kat situ ramai orang keluar masuk, dua tiga beg roti tu boleh habis la dalam sehari, Tapi sekarang dia dah pindah duduk kat meru, dah tak berniaga burger lagi, sekarang aku tengok dia sibuk nak tanam serai dan buat MLM.

Aku ada sorang kawan, dia ni anak saudara kepada tokeh Ramli Burger, siapa tak kenal Ramli Burger seorang jutawan, dulu masa nak buat bisnes burger semua orang ketawa kat dia, ye la kat kampung mana orang pandai makan burger, makan lempeng ada la, dia bermula dengan cara kecil-kecil dibelakang rumah sahaja, sekarang dah punya kilang sendiri, burger dia pun dah terkenal di merata tempat, pada aku kalau kita nak buat bisnes jangan malu, belajar itu penting, jangan fikir apa orang kata, lagi satu jangan buat bisnes ikut-ikut, maksudnya bila nampak seseorang tu maju buat bisnes itu kita pun nak cuba, tapi ilmu tak ada last-last lingkup, buat bisnes apa yang kita suka, lagi satu bila nak buat bisnes selalu cakap tak ada modal, modal bukan ukuran kejayaan bisnes, hari ini kalau bisnes tak ada modal pun orang boleh untung, dan orang yang buat bisnes modal besar belum tentu untung, pokok pangkal adalah bagaimana kita bekerja.

Untuk berjaya dalam bisnes kita mesti mempunyai tiga segi ini iaitu Kemahiran, Pengetahuan dan Sikap.

Satu Bisnes Online Yang terkini, klik untuk keterangan lanjut, rugi kalau tak klik

5 ulasan:

  1. Apa saja bentuk perniagaan kalau diatur betul2 PASTI dapat UNTUNG...

    BalasPadam
  2. betul tu, 9/10 rezeki itu dari perniagaan....

    BalasPadam
  3. semuanya bergantung pada sikap...

    BalasPadam
  4. memang betul kalau kita nak berubah yang penting sikap kena ubah dulu.....

    BalasPadam
  5. Dulu pernah berniaga burger kat sekolah..satu malam boleh untung dalam rm300...memang lumayan..

    BalasPadam