Selasa, 3 Februari 2009

UNTUNG BERNIAGA BUNDLE

Bila sebut je baju bundle mesti ada orang cakap mana ada class, tapi bagi aku ramai orang meminati barang bundle, tak kira baju, seluar atau kasut sebab kekadang barang tu original dan susah nak dapat disini, ada member aku tu asyik kumpul kasut je, pantang pergi kedai bundle mesti beli, pakainya tak, bila aku tanya, katanya buat koleksi, ye la kasut tu nampak je dah diguna tapi harga mak oiii....... boleh tahan. Aku pun kekadang beli baju bundle juga sebab badan macam aku ni payah sikit nak cari size baju kalau kat bundle tu gerenti ada cantik lagi sebab tak ada orang nak beli.

Aku ada sorang member kira rapat la masa sekolah dulu, lepas habis tingkatan lima masing-masing bawa diri, lepas lama duduk kat kampung aku pun pergi KL cari rezeki, ikut kawan, kawan aku tu berniaga kat chow kit jual kain palikat dan ketayap, sementara aku kerja kilang, masa hari minggu cuti kerja aku pun pergi la kat tempat kawan aku berniaga di chow kit, masa tu bazar kat chow kit tu tepi jalan besar chowk kit road, sekarang dah kat dalam, bila dah sampai tu aku pun jalan - jalan la kat bazar bundle tiba-tiba ada orang tepuk bahu ,aku toleh, la member baik aku masa sekolah dulu, aku tengok kat keliling, la ramai juga kawan sekolah aku kat situ, aku tanya member aku tu buat apa kat sini, dia kata berniaga bundle, ni kedai tokeh aku beritahu member aku tu, oleh kerana lama tak jumpa dia ajak aku perkena sup kambing kat gerai belakang. Lepas tu aku selalu pergi kat tempat member aku tu tolong dia berniaga, tapi aku ni tak pandai berniaga, tengok boleh la.........

Lepas tu aku sambung belajar, dan kerja kat kemaman, lama tak turun KL kebetulan ada peluang aku turun KL, jadi dah lama tak turun chow kit, sekali sekala turun syok juga, kesempatan tu aku ambil untuk jumpa member aku, aku tengok dia masih berniaga kat situ kedai pun dah besar, jadi pasal lama tak jumpa kita orang borak panjang, dia cakap kedai ni sekarang dah jadi milik dia, tokehnya dah kaya balik indon, dia pun sekarang dah beli rumah dah ada van sendiri dulu naik motor je, dah pun ada bini, aku masa tu masih jalan kaki, tak ada bini duduk rumah sewa, itulah pertemuan terakhir kami lepas tu aku dah terputus hubungan sampai sekarang.

Selingan........ projek tanaman aku tu dah nak mula, benih yang aku semai dah bercambah tengok gambar tu......................






1 ulasan: