Ahad, 3 Jun 2012

Cerita dalam cerita 1






     Zamri (bukan nama sebenar) termenung memikirkan nasibnya, mengimbau kenangan 5 tahun lalu terasa begitu cepat masa berlalu, diwaktu itu dia berkerja sebagai executive disebuah syarikat swasta bergaji rm5,000 sebulan, bagi zamri sudah cukup untuk mereka  sekeluarga, sehingga detik hitam itu datang.

       Pengkenalan Zamri dengan Pak Usin (bukan nama sebenar) punca segala-galanya, Pada sesuatu hari kawan baik Zamri iaitu Amran(bukan nama sebenar) telah menceritakan satu peluang bagaimana untuk mendapatkan duit begitu banyak tanpa bekerja keras, Zamri agak ragu-ragu dengan apa yang diceritakan oleh Amran, sehingga lah dipertemukan denga Pak Usin, Pak Usin cuba menyakinkan Zamri, akhirnya Zamri bersetuju dan membayar rm2,000 sebagai sahamnya kepada Pak Usin.

        Pak Usin berjanji dalam masa sebulan lagi, Zamri akan mendapat kembali wangnya dengan untung sekali, sebulan telah berlalu seperti yang dijanjikan, Pak Usin telah menelefon Zamri menyatakan wang nya telah ada tetapi dia perlukan rm2,000 lagi untuk proses birokrasi, tanpa berlengah Zamri pun bank in kan duit yang diminta, seminggu kemudian Pak Usin menghubungi Zamri lagi menyatakan untuk berjumpa Zamri, didalam perjumpaan itu Pak Usin menceritakan satu peluang untuk mendapat rm 7juta, duitnya telah ada cuma memerlukan modal untuk membayar kepada beberapa orang untuk menguruskan pengeluaran wang itu dari luar negara dan modal yang diperluka adalah rm500 ribu, Pak Usin menjelaskan ada 3 orang telah mengeluarkan modal rm 100 ribu seorang, jadi cuma tinggal rm200 ribu sahaja yang diperlukan dan dia memilih Zamri kerana inggin membantu Zamri, Pak Usin tidak memaksa Zamri jika dia tidak mampu cuma cukup lah sekadar rm4,000 yang telah dibayar oleh zamri, tetapi itu cuma sekadar untuk mendapat rm60 ribu sahaja, pada dasarnya Zamri bersetuju tetapi memerlukan sedikit masa untuk mencari duit sebanyak itu. Pak Usin memberi tempoh sehingga bulan depan kepada Zamri.

        Sekembalinya dari pertemuan itu Zamri memikirkan bagaimana untuk mendapatkan duit 200ribu, buat pinjaman bank cuma paling tinggi yang dia boleh dapat mungkin 50ribu sahaja, Akhirnya Zamri membuat keputusan untuk mencagarkan rumah dan sebidang tanah pemberian arwah bapa kepadanya untuk mendapat pinjaman rm200ribu seperti yang diminta oleh Pak Usin, pada Zamri apa lah nilai 200ribu dengan jumlah 3 atau 4juta yang dia akan dapat nanti.

             Selepas memberi rm 200ribu kepada Pak Usin seperti biasa Pak Usin berjanji dalam 3 atau 4 bulan lagi Zamri akan mendapat habuannya. Masa begitu cepat berlalu sudah 4 bulan tapi tiada berita dari Pak Usin, Zamri pun menghubungi Pak Usin untuk bertanya, Pak Usin memberitahu bahawa dia memerlukan sedikit masa, mungkin dalam 3 bulan lagi, sementara itu kehidupan Zamri mula berubah, setiap bulan dia merasakan gaji yang diterima hanya cukup untuk membayar hutang sahaja.

           3 bulan telah berlalu tetapi masih belum ada berita dari Pak Usin, sehingga pada satu petang Pak Usin menelefon Zamri memberitahu bahawa ada masalah sikit dengan duit itu, kerana duit itu dah ditahan pengeluaran oleh negara jiran, jadi Pak Usin memerlukan sedikit duit untuk membayar kepada mereka untuk melepas duit itu, jumlahnya cuma rm50ribu seorang, fikiran Zamri menjadi semakin runsing kerana kalau tak diikutkan rm 3juta melanyang. kepada siapa lagi dia perlu meminjam, jadi Ahlong lah tempat yang terbaik. seperti biasa janji Pak Usin.....

           Kehidupan Zamri sudah menjadi tidak keruan lagi, untuk kelangsungan hidup Zamri terpaksa menjual kereta, dan membeli motor buruk untuk ketempat kerja, kehidupan suami isteri pun sudah tidak semesra dahulu, seperti biasa janji yang ditunggu telah tiba tetapi tiada juga berita, lagi malang Pak Usin sudah tidak dapat dihubungi lagi, Zamri pergi kerumahnya tetapi berkunci, jiran Pak Usin memberitahu bahawa Pak Usin sudah 2 bulan tak balik rumah, seperti halilintar yang menyambar di saat itu juga dia berasa seperti mahu membunuh diri, mujur lah imannya masih kuat lagi, bermacam persoalan didalam kepala Zamri bagaimana dia nak menempuh masa mendatang, bagaimana kehidupan anak isterinya nanti.

          Zamri mehubungi Amran, selepas mendengar segala-galanya Amran memohon maaf kerana melibatkan kawannya itu, Amran mengakui bahawa dia juga tertipu tapi mujur lah cuma rm5,000 sahaja, hari yang mendatang kehidupan Zamri bertambah sukar, lebih malang lagi dia telah diberhentikan kerja, rumah dan tanah telah dillelong oleh bank dan dia telah di istiharkan muflis, sehingga lah pada satu hari Zamri tersempak dengan Ahlong yang mencarinya berlaku sedikit perbalahan entah macamana zamri mencapai sebatang kayu dan memukul salah seorang rakan ahlong tadi secara bertubi-tubi, akhirnya dia ditangkap, dan didakwa mujurlah mahkamah mendapati bahawa Zamri mengalami masalah mental dan tertekan, dia dihantar ke hospital bahagia untuk rawatan.

          Sekarang sudah hampir 2 tahun  dia disini, tiba-tiba bahu aku ditepuk, " encik ada orang nak berjumpa dengan pesakit" aku pun bangun dan minta diri, nun dari depan aku nampak seorang wanita dan 3 orang anak sedang menuju kesini, syukurlah walau apa pun berlaku setia si isteri kepada suaminya masih utuh, aku berlalu pergi meninggal mereka sekeluarga, seorang pekerja menyapa aku "encik percaya ke cerita pesakit tu? setiap orang yang datang melawatnya dia cerita benda yang sama, tapi saya tak pecaya lah" aku cuma mengankat dua bahu tanda tidak tahu.

          Aku pun tidah tahu samada cerita itu betul atau tidak, cuma yang aku tahu, penipu ni macam-macam cara, jadi hati-hati............


1 ulasan:

  1. Kini,Trading Forex Lebih Berkesan,Malah Keuntungan Lebih Konsisten Dengan
    Pakej Trading Forex Manual Dan Automatik 2012 - WellFX Forex System 2012
    Pakej Ini Bukan sahaja sesuai untuk forex trader,malah ianya juga
    amat sesuai untuk newbie dalam forex.

    Ketahui Kelebihan WellFX Forex System 2012
    -Pakej Ini disediakan khas untuk semua forex trader mahupun newbie
    yang berminat dalam forex trading.
    -Sokongan Dan bantuan Penuh daripada Admin WellFX Forex System 2012
    -Setiap Pelanggan Akan Mendapat Update Secara Percuma
    -Mudah Digunakan!Mudah Di Fahami.
    -Bayaran Sekali Sahaja,Tiada Yuran Bulanan mahupun tahunan!
    -Di Lengkapi Dengan Software Autotrader Dan Templates Terbaru!
    -Di Lengkapi Dengan Panduan Pemasangan Dan Penggunaan Sistem Ini.

    Ketahui Juga Kelebihan Software Software yang disediakan dalam pakej ini di
    http://www.wellfxsystem.com

    BalasPadam