Isnin, 11 Februari 2013

Cerita dalam cerita 2


     Zarina (Bukan Nama Sebenar) begitu terunja bila mendapat panggilan kerja di sebuah syarikat pengedaran buku dan alatan tulisan, tambahan jawatan itu ialah marketing executive, tidak sia-sia dia menyambung belajar hingga ke IPTS walaupun keputusan SPM nya tak seberapa.

     Pagi-pagi lagi Zarina telah bersiap untuk ketempat kerja yang jauhnya cuma 14 kilometer dari rumahnya, sesampainya ditempat kerja ia agak terkejut kerana syarikat itu tidak semacam apa yang disangkanya, ia cuma syarikat kecil yang tidak tersusun dan berselerak, Mr.Tan menyambut kedatangan Zarina dan diperkenalkan kepada pekerja disitu yang seramai 5 orang sahaja, Tugas pertama Zarina ialah mengemas pejabat itu.

         Teringat Zarina semasa temuduga yang dijalankan di hotel berhampiran, Zarina ingat lagi yang menemuduganya ialah Ms.yeng dan Mr.Gan, tetapi bayangan mereka pun tak ada di pejabat itu, Zarina  terkejut bila namanya dipanggil oleh Mr.Tan untuk masuk kebiliknya, Mr.Tan menerang apa kerja yang perlu dibuat oleh Zarina.

        Sudah sebulan lebih Zarina bekerja disitu, kerjanya tidak lah begitu susah cuma perlu mendapat pembeli untuk pengedaran buku-buku dan majalah. Pagi itu Zarina di panggil oleh Mr.Tan kebiliknya, Mr.Tan menerangkan ia mendapat satu projek besar untuk memasarkan buku-buku ke luar negara, tetapi ia kekurangan orang, kerana untuk memasarkan buku-buku mereka perlu membawa sample-sample buku untuk diserahkan sendiri, jadi tugas itu diserahkan kepada Zarina, jadi tugas pertamanya ialah pergi ke Afrika Selatan, segala urusan telah disiapkan kan oleh pehak syarikat.

           Seperti yang janjikan Zarina telah berangkat ke Afrika Selatan, semua urusan dan pertemuan telah diatur oleh syarikat dia bekerja, tugasnya cuma menyerahkan sekeping buku yang tebal yang dia pun tidak tahu apa buku itu kerana ia telah dibalut dengan begitu teliti. Sekembalinya Zarina ia disambut oleh Mr.Tan dengan penuh gembira, selain gaji beliau menerima sedikit imbuhan. Begitulah seterusnya bila ada tugasan, ini menyebabkan Zarina gembira bekerja disitu.

             Tugasan yang seterusnya ialah ke Negara China, seperti biasa segala urusan telah disiapkan, sesampai sahaja Zarina dilapangan terbang Beijing dia ditahan oleh pehak bekuasa di sana, Zarina terperanjat kerana di tuduh menjadi pengedar dadah terancang, kerana buku yang dibawanya itu mengandungi dadah, keadaan menjadi parah kerana tiada siapa disini yang dapat membantu Zarina.

            Zarina cuba menghubungi Syarikat ia bekerja tetapi tiada siapa yang menjawab, akhirnya ia menghubungi keluarganya, alangkah terkejut mereka semua termasuk ibunya yang pengsan beberapa kali, keluarganya membuat laporan polis, akhirnya syarikat itu diserbu, tetapi tiada apa didalamnya, selepas 2 bulan baru Mr.Tan dapat ditangkap.

            Kedutaan Malaysia di Negara China telah menyediakan seorang peguam untuk membela  Zarina, perbicaraan yang memakan masa hampir setahun itu mendapati Zarina bersalah dan dihukum tembak sampai mati. Peguam yang mewakilinya memohon rayuan agar diringan kan hukuman.

                 Selepas 4 bulan baru rayuan meringankan hukuman didengar, semasa rayuan itu sedang berjalan Zarina sempat menulis surat kepada Ibu-Bapanya di Malaysia, memohon ampun dan maaf, dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, surat itu diserah kepada saya untuk dibaca, sungguh terharu mengenangkan nasibnya.

                  Sekarang sudah 5 tahun peristiwa itu berlaku, keputusan rayuan itu memutuskan Zarina dipenjara seumur hidup, hanya satu harapan Zarina supaya dia dapat pengampunan, untuk ia kembali ke Malaysia bertemu dengan Ibunya kerana Ayahnya telah meninggal dunia 2 tahun yang lepas.


                       Perkara ini mungkin boleh belaku kepada kita dan sanak saudara, berhati-hatilah, penipu akan mengunakan berbagai cara untuk menjadi kaya.........tapi ingat kita ada undang-undang.

1 ulasan:

  1. The Top 7 Casinos in South Africa - Mapyro
    Casinos with slot machines, poker, bingo and slots at Mapyro. Discover a range 화성 출장안마 of casino games, from 광주 출장안마 video 충주 출장마사지 slots to video 거제 출장안마 table 나주 출장샵 games, with the best bonuses

    BalasPadam