Selamat bertemu kembali, dah lama tak berblog, bila kita cerita pasal forex mesti benda ni key utama iaitu buy & sell, tapi bila masa kita nak buy atau kita nak sell, banyak blog yang promosi atau jual indicator yang taip, " main forex dengan senang" ceh! forex bukan benda main kalau main memang senang, tapi forex ni berdagang, berdagang ni ada untung ada rugi, tapi kalau rugi je memanjang jangan berdagang, kita kena sayang dengan duit kita. Jadi berdanganlah dengan selamat.
Dulu aku pernah tanya otai forex masa bila nak buy atau sell, jawapannya " kalau semua orang tau masa bila nak enter dan untung semua orang dah jadi kaya" alamak otai pun pening, aku cuba bermacam2 indicator, lama2 jadi semak chart, nasib baik akau tak beli indicator kalau tak rugi aje.
Selalu didalam forum mengatakan buy bila paling rendah dan sell bila waktu tinggi, tapi dimana waktu rendah & tinggi, ramai orang terkena kerana percaya, ada yang kena margin call duit habis sebab percaya matawang akan turun bila dah tinggi, tapi bila kita sell dia lagi naik, alamak!!!.
Ada banyak cara untuk mengetahui waktu bila kita nak buy atau sell, salah satunya yang selalu aku guna adalah Divergence iaitu kita gunakan higher highs and lower low keterangan boleh baca disini http://www.babypips.com/school/divergence-trading.html, jadi aku letak kan gambar ehsan dari baby pips
Regular Divergence
Hidden Divergence
Jadi selamat mencuba, jangan main forex tapi berdagang untuk istilah yang betul pasti anda untung........
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan