Khamis, 15 Oktober 2009

UNTUNG BELAJAR TINGGI VS UNTUNG TAK BELAJAR TINGGI


Orang dulu-dulu selalu berkata, belajar pandai-pandai supaya besar senang dapat kerja, falsafah tu orang kita pegang sampai sekarang, itu sebab bangsa kita tak maju, itu fikiran aku saja, orang lain tak tau la. Memang kita wajib belajar, ilmu ni tak habis, sehinggakan kita nak meninggal pun ada orang yang tolong ajarkan kita mengucap, kalau sempat la....

Tapi tang bab belajar pandai-pandai supaya senang dapat kerja tu aku tak sokong, sebabnya berapa ramai mahasiswa dan siswi yang masih menggangur istilah tepat " tanam anggur". Ubah sikit falsafah tu supaya berbunyi begini belajar pandai-pandai supaya besar senang jadi taukeh.

Baru-baru ni aku berhari raya di kampung, aku tengok member aku yang dulu periksa SRP pun tak pas dah pakai kereta besar, rumah besar, bini tak besar sangat.....apa yang mereka buat tu...., jadi taukeh la, masing-masing bela lembu, ni dah dekat nak raya aji, lembu dah boleh jual, duit dah masuk dah..........

Yang penting bukan belajar tinggi tetapi bagaimana ilmu yang kita belajar itu digunakan, kalau kita ada sedikit ilmu, gunakan ilmu itu semaksima yang mungkin, aku tengok budak-budak kita lepasan U datang temuduga sijil satu file, bila tanya semua boleh buat, tapi bila test ada yang buka excel pun tak tau, macamana nak meniap dalam word pun tak tau, jadi apa yang dia belajar pun aku tak faham, alasan dah lama tak buka komputer.

Belajar tinggi bukan semata-mata nak dapat sijil sahaja tetapi apa yang kita belajar tu kena gunakan, Macam Abang aku belajar sampai darjah 6 sahaja, sebab lepas tu dia lari tak mau sekolah lagi, tapi dapat kerja kat U juga, bukan jadi jaga, tapi jadi pemandu Bas, gaji dia boleh tahan juga, boleh juga pakai kereta besar, dulu orang kampung asyik kutuk aje kat dia, sekarang semua respek, bukan apa, cuma dia gunakan apa yang dia belajar semaksima yang mungkin, apa yang Abang aku belajar ialah cara memandu Bas dengan betul.

Jadi yang penting belajar tinggi tu bukan semata-mata senang nak dapat kerja tetapi kalau boleh gunakan ilmu itu untuk menjadi seorang taukeh, atau buka bisnes sendiri, macam kawan aku tu, dulu dia pernah kerja dengan orang tapi asyik berenti saja, sekarang dah buka katering sendiri, baru -baru ni sibuk tanya aku kalau-kalau ada orang nak jual kereta tayota prado, dia tak belajar tinggi pun cuma SPM aje itupun tak Pas. Tetapi aku percaya rezeki tu masing-masing, dan purata orang yang belajar tinggi lebih senang dapat kerja dari orang yang tak belajar tinggi...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan