Sabtu, 9 Mei 2009

UNTUNG FERTIGASI








Akhirnya benih yang aku semai dah jadi pokok, tapi belum berbuah lagi, tunggu kalau berbuah nanti aku ambil gambar lagi, yang syoknya pokok chili yang aku tanam tu daunnya besar-besar, boleh buat ulam, bagi aku bertani ni memang aku suka, macam orang suka bela ikan dalam akuarium, bila balik kerja mesti tengok ikan dulu, kalau nak tidur mesti tengok juga, macam tu aku juga, balik kerja mesti tengok pokok tu, malam sebelum tidur mesti tengok macam satu kepuasan.

Penanaman yang aku buat ni dipanggil sistem fertigasi, tentu ramai yang tahu, sistem ni sistem penyiraman baja terus ke akarnya, dia tidak mengunakan tanah, tidak berbau dan bersih, tidak mengunakan baja organik yang kita tau sumbernya dari najis binatang, aku buat ni secara mini sahaja, member aku ada buat secara ladang nanti ada masa aku ambil gambar ladangnya.

Kita bukan saja boleh tanam chili, juga boleh tanam lain-lain jenis sayur seperti terung, tomato, sawi,salad,bayam dan berbagai lagi, penjagaannya pun senang, tak perlu jirus setiap hari sebab kita gunakan motor pump baja yang bertimer, cuma yang perlu jaga dari serangan kulat, kita boleh gunakan racun untuk menghalang kulat, tapi ia tak lah digalakan, walaupun sistem tanaman ini telah lama ujud tapi ramai yang masih kurang memahaminya macam aku, aku baru tahap belajar, jika ada duit lebih nanti mahu juga aku buka ladang fertigasi.

Sekian, Assalamuailaikum selamat berjumpa lagi.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan