Jumaat, 13 Mac 2009

PENING SIKIT



Apa khabar semua selamat jumpa kembali, dalam aku sibuk-sibuk minggu ni, sibuk pula bank asyik call aku, aku dok fikir-fikir hutang aku dah bayar semua, tapi pegawai tu cakap encik punya kereta dah dua bulan tak bayar, kereta yang mana? kereta tua aku dah lama habis bayar, jadi aku tergamam sekejab, lepas tu aku tanya dia plat apa, dia pun cakap, ooooo..... baru aku ingat, dah lama dah 5 tahun aku tak jumpa sedara aku ni, lepas dia beli kereta tu, tapi pakai nama aku, sebab masa tu dia black list, jadi penjamin kawan lepas kawan nya tak bayar pinjaman. tapi sekarang aku dengar dah settle dah.

Aku pun apa lagi cari la no handphone sedara aku ni, dah dapat tapi call tak dapat, ini yang letih ni, dah lari ke? kalau lari mampus aku macamana nak settle sebab aku pun tengah gawat ni. At last aku baru ingat dia ada bagi no handphone luar negara, aku pun hantar sms kalau call rabak duit aku, tak lama lepas tu dia balas "sorry yoep aku tengah kejar payment tak masuk-masuk lagi ni, kalau dah masuk aku settle bayaran kereta tu secepat mungkin", lega aku masih hidup rupanya.

Aku dengar dia ni kerja di Dubai, buka syarikat sendiri, dulu dia pernah juga pelawa aku kerja kat sana, tapi aku fikir punya fikir tak jadi sebab aku tak biasa pergi tempat orang, aku tak sangka dia sekarang pun dah teruk sikit maksud aku ekonominya, mungkin kerja siap tapi customer ada masalah kewangan jadi delay pembayaran, kalau begini keadaannya aku rasa kejatuhan ekonomi untuk tahun ni lambat sikit nak naik balik. Jadi kita kena lah bersedia dengan apa cara sekalipun.....................

TRAGEDI PALING DAHSYAT BUKAN LAH MATI KETIKA MUDA, TETAPI HIDUP SEHINGGA 75 TAHUN NAMUN MASIH BELUM MERASAI HIDUP DALAM ERTI KATA YANG SEBENARNYA.

2 ulasan:

  1. Salam Zaman..
    Sesungguhnya tiada yang lebih istimewa selain mendapat kebahagiaan dalam erti yang sebenarnya..
    Pendek kata..lebih baik mati masa kecil lagi dari hidup tapi merana jiwa dan raga..
    apa pun,semoga kita semua memperolehi hidup dalam erti kata yang sebenarnya.. Amin,

    BalasPadam