Ahad, 6 Mac 2011

ADA BERANI KE?

Orang kata kalau tak berani jangan mimpi nak berjaya, tapi kalau dah berani macam ni........ni dah berani tahap gaban..........







Sabtu, 19 Februari 2011

UNTUNG FOREX




 Dah lama tak up date blog ni, bukan apa buat masa sekarang ni tak ada bahan nak cerita, hari ni lepas tengok cerita hindustan, tak pernah aku layan cerita hindi ni tapi tah macamana boleh tengok aku pun tak tau, dalam tengok tu teringat nak update blog ni, nak cerita pasal forex.

Sebenarnya aku pun tak tau forex tu apa, dari tahun 2005 lagi kawan aku tu asyik cerita pasal forex je, boleh untung la boleh buat duit la dan macam-macam lagi, lepas tu lansgung aku tak jumpa dia, dah berjaya atau tak aku pun tak tau......

Jadi baru - baru ni ada satu kawan aku tu beria-ia mengajak aku masuk forex, katanya "Bang laburje nanti dia orang main kan, konsep kongsi keuntungan", aku ingat MLM je ada kongsi keuntungan rupa-rupanya forex pun ada. biar betulll.....

Oleh kerana jahil tentang forex aku cuba la, tapi tak la banyak cuma test RM35 sahaja, minggu pertama , kedua, ketiga bayaran ok, masuk minggu keempat laman web dah tak boleh buka, aku pun tanya kawan aku tu, dia pun dah pening dah labur RM300, syarikat dah bengkrap kena margin call, margin call tu pun aku tak tau apa ke jadahnya.......

Jadi geram punya pasal aku pun ambil keputusan nak tau betul-betul apa itu forex, jadi aku pun pergi  la  seminar forex percuma, nak pergi yang berbayar tak mampu sebab mahal sangat, lagipun belum tau sangat
nanti rugi je belajar, sekarang tau la sikit pasal forex, forex kena trade sendiri tak boleh bagi duit kat orang untuk mainkan salah disisi undang-undang, jadi hati-hatilah kerana sekarang macam-macam scam ada, tak tipu banyak, tipu sikit, bila nak untung kalau asyi kena tipu sahaja.....

Semoga Berjaya Kepada yang berforex tulin........

Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU 2011 DAH TIBA


Selamat tahun baru 2011 di ucapkan kepada kawan-kawan, apa azam tahun baru? kalau masuk tahun baru je mesti tanya azam.....azam ada tapi tak buat tak dapat juga.

Aku pada tahun 2010 yang lepas rezeki tak berapa baik, kawalan kewangan yang lemah menyebab berlakunya penipuan dalam kewangan, jadi erti kata lain tak untung la.....

Masuk tahun baru ni azam aku kena kurang sikit mempercayai individu yang tak berapa kenal, kawal kewangan, pastikan kewangan melimpah dengan usaha sendiri, kurang memberi pinjaman dan berhati-hati dalam perlaburan, dan azam yang terbaik ialah mengurangkan pinjaman atau erti kata lain jangan berhutang dan cuba langsai kan hutang lama dengan secepat mungkin.....

Azam aku yang terbesar kalau diizinkan ALLAH SWT ialah ingin berkerja sendiri, jadi dengan itu untuk tahun baru ni aku mengorak langkah pertama dengan memperlajari selok belok perniagaan yang sebenar, menghadiri kelas dan seminar dan yang penting menubuhkan syarikat......
COME ON ZAMAN UNTUNG BANGUN DARI KEGAGALAN, YANG LEPAS JADIKAN TAULADAN, YANG DEPAN JADIKAN IMPIAN, SELAMAT BERJAYA....

DOAKAN AKU KAWAN-KAWAN.............

SELAMAT TINGGAL 2010