Ahad, 25 Oktober 2009

UNTUNG 1 JUTA


Bila sebut 1 juta semua orang terunja tapi berapa ramai yang meingginkanya, kalau tak percaya pergi ke bandar dan sapa setiap orang dengan menyebut mahu jadi jutawan tak? pasti orang tu akan tengok muka kita dengan dahi yang bekerut lepas dia buat isyarat tangan kat kepala dengan mengatakan kita gila, tak percaya cuba buat.......

Tapi hakikatnya ramai yang mahukan dengan cara yang mudah, sebab itu syarikat power root membuat untung berlipat ganda dengan tawaran menjadi jutawan hanya beli produk mereka, begitu juga dengan 4 nombor ramai orang beratur disana sebab nak jadi kaya, tapi bila kata nak jadi jutawan tak? dia kata kita gila......

Mudah ke nak jadi jutawan ni? jawapanya kena tanya diri kita sendiri, ramai orang di luar sana yang dah jadi jutawan terutama jutawan senyap, dulu kita tengok dia tu biasa je selepas 5 tahun tengok dah ada rumah besar, kereta besar, segalanya besar, apa besnis yang dia buat? Bila kita tanya apa yang di buat dia kan beri tahu dengan caranya sekali, tapi kita cakap pula dia boleh la, duit ada kawan ramai. Jadi persoalannya mahu tak kita jadi jutawan?

Menurut pakar motivasi untuk berubah menjadi ada dari tiada adalah kita kena keluar dari kotak kehidupan kita, cuba pandang kehidupan kita dari atas dan lihat apa yang kita buat, keluar dari penjara kemudian masuk penjara lagi, betul tak? kita pagi-pagi keluar rumah lepas masuk kerja, itulah rutin kita, sampai bila?

Ada seorang jutawan dari kedah, dulunya setiap pagi dia akan jumpa setiap orang dan akan bertanya soalan mahu jadi jutawan tak? orang kata dia gila tapi sekarang dia dah jutawan ada bangunan sendiri, tapi kalau dia jumpa orang diakan akan bertanya soalan yang sama "mahu jadi jutawan tak?"

Begitu juga dengan seorang jutawan di KL setiap pagi dia akan pergi ke stesen LRT dan akan mengedarkan flyers, dia tak kisah orang buang flyersnya yang penting dia dah buat dan berjaya, ada ramai lagi jutawan dengan berbagai cara tersendiri, jadi boleh kah kita jadi seperti mereka......

Jadi kalau diberi 1juta kepada kita apa yang kita ingin buat?............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan