Ahad, 7 Jun 2009

UNTUNG KAD KREDIT


Dah lama tak meniap, bukan sibuk tapi banyak kerja, hari ni lepas balik dari kuantan baru buka internet rasa nak berkongsi cerita sikit, bukan apa aku teringat member aku yang terkena satu panggilan sebuah agensi perlancongan yang menawarkan perlancongan percuma, cuma perlu menjadi ahli sahaja, member aku pun minta keterangan lanjut, agensi tu pun cerita la, selepas habis bercerita member aku ni pun cakap nanti dia fikirkan, lepas sebulan bila dapat penyata kad kredit, terkejut la member aku ada potongan RM 600 dari syarikat agensi perlancongan tu, pelik betul bila masa dia jadi ahli, macam mana dia boleh dapat no kad kredit dan kenapa pehak bank tidak menelefon dulu member aku ni sebelum transaksi dibuat?

Member aku ni pun apa lagi terus menelefon pehak agensi, macam-macam alasan diberi, selepas diugut untuk membuat laporan polis, barulah pehak agensi akur dan memulangkan kembali duitnya. Macam-macam hal sekarang ni berlaku, jadi kita kena hati-hati, aku pun selalu dapat pangilan yang macam tu dapat tidur kat hotel free, belanja free, duit segera melancong percuma dan macam-macam lagi, kekadang tu saje je aku tanya macam mana mereka tu tau aku ada kad kredit, dan macamana boleh tahu no telefon aku, tu yang aku muskil, ini mesti mainan orang dalam, sepatutnya segala maklumat kad kita sentiasa dijamin selamat.

Itu cerita yang kena naya bagaimana pula yang pakai kad sampai tak ingat dunia. Aku ada satu kawan, mula-mula satu kad habis pakai, mohon lagi dibank lain, habis juga, ambik lagi kat lain bank, aku ingat dia ada sekurang-kurangnya 6 kad, gaji habis bayar kad aje, pinjam duit jangan harap dapat balik kira sedekah aje, baru-baru ni dia pergi ke APKP jadi dapat lah kurangkan bayaran bayaran sikit.

Aku tengok kat pasaraya besar tu, bila bayar je tunjuk kad lepas tu lirik, macam best je, dulu pun aku macam tu, memang best, pernah sekali masa bayar cashier tu cakap kad encik tak boleh guna aku tengok kat belakang mamat tu panjang je tengkok tengok aku dan cakap dalam hati padan muka eksen sangat, nasib baik aku ada bawak duit cash kalau tak malu la aku, orang ingat aku tak ada duit, apa-apa pun pandai pakai pandai bayar................

2 ulasan:

  1. Kabar baik and sihat, blogger Zaman.
    Ingin berkongsi water-cure protocol formula dengan semua orang demi kesihatan and kekayaan.
    Sihat ialah modal hidup, sekira nya sesiapa hilang 'modal-sihat' maka isan itu akan siksa dan tidak ingin hidup lagi.
    Sebab yang utama yang menyebabkan badan sakit (kecuali kemalangan) ialah kurang minum air setiap hari yang cukup berganting kepada berat badan.
    1.Setiap 90 minit , minum 10% kadar air sendiri, iaitu 31.42(ml) kali dengan berat badan (kg), se tiap hari.
    2. Gunakan 1/4 sudu tea, untuk setial 1250 ml air yang di minum setiap hari.

    Zaman di persila ke Healthy Wealth and kongsi lah water-cure protocol formula ini dengan semua rakyat dan seisi keluarga.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih, diatas penerangan yang menarik, InsyaAllah jika ada peluang dan ketepatan masa saya akan mencuba

    BalasPadam