Ahad, 24 April 2011

PELAJARAN KEDUA FOREX

Berdagang dalam forex jangan tamak, dulu masa aku buat mlm leader aku selalu cakap orang tamak selalu untung, itu mlm....tapi forex lain, orang tamak selalu rugi, tak percaya anda cuba....

Ramai orang yang berdagang dengan forex yang selalu aku jumpa asyik mengeluh tak untung, macamana nak untung kalau tidak kawal keewangan, pakai tibai je, orang kata ikut rasa binasa, ikut hati mati, perdagangan mata wang bukan ditentukan oleh kita, tapi oleh banker-banker besar seluruh dunia, mereka ini yang tentukan pasaran jadi ikut pasaran dan jangan lawan pasaran.

Buat plan keuntungan dalam sehari, seminggu atau sebulan berapa, macam makan gaji, tapi biar bersesuian dengan modal; contoh kalau sehari anda nak untung USD100, kalau dah dapat cukup berhenti berdagang untuk hari tu, relak pergi tengo tv atau main game, jangan gatal tangan nak cuba-cuba, silap haribulan  kena margin call.......







Selamat berdangang denga forex, semoga sukses.

Selasa, 19 April 2011

PELAJARAN PERTAMA FOREX


Pelarajaran pertama aku tentang forex adalah jangan percaya servis percuma atau pun signal percuma ataupun nasihat percuma didalam forex, kalau anda percaya tanpa usul periksa anda mungkin kehilangan wang anda.

Tiada seorang pun didalam dunia ini yang terlampau baik hati untuk memberi nasihat atau tunjuk ajar secara percuma dan juga terlalu ramai yang ingin mejadi guru padahal mereka sendiri pun belum khatam lagi.

Forex bukan batu loncatan untuk cepat kaya, tapi satu lubuk yang tersimpan banyak duit, untuk mendapatkan duit itu kita mesti banyak belajar, belajar dengan siapa...... belajar dengan orang yang dah terbukti berjaya, tentu ramai yang diluar sana telah gagal didalam forex walaupun belajar denagan guru yang berjaya.

Jawapannya adalah kita terlalu mengharap guru tadi akan menolong kita sepanjang hayat......

Jadi setelah kita belajar, kita mesti percaya kepada diri sendiri, apa keputusan kita buat adalah dari analisa kita sendiri buka dari orang lain, baru ilmu yang kita dapat akan menjadi lebih banyak....

Selamat Bedagang dengan forex, semoga anda berjaya.....

Ahad, 3 April 2011

Non Farm Payroll (NFP) Day

Apa tu Non Farm Payroll Day, aku pun tak tau, tetapi kalau tanya forexmur mesti mereka tau, sebab masa ni la nak buat untung besar, orang kata makan beratus pip dalam masa berapa jam sahaja, kayo teman bak kata orang perak, tapi kalau tak berhati-hati boleh kena margin call, alamat tepuk dahi la......

Dulu masa aku tak tau apa tu NFP aku pakai bantai je, trade macam biasa, bukan dapat profit tapi dapat lose, yang membuat aku mengetuk dahi sebanyak 3x, selepas bertanya master, baru aku faham, bila belaku lagi, aku gelak sakan sebab dah untung dan boleh tidur awal.....

Lihat carta yang buat aku gelak besar pada 1.4.2011 (bukan carta april fool)


Sampai jumpa lagi adiosss......