Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU 2011 DAH TIBA


Selamat tahun baru 2011 di ucapkan kepada kawan-kawan, apa azam tahun baru? kalau masuk tahun baru je mesti tanya azam.....azam ada tapi tak buat tak dapat juga.

Aku pada tahun 2010 yang lepas rezeki tak berapa baik, kawalan kewangan yang lemah menyebab berlakunya penipuan dalam kewangan, jadi erti kata lain tak untung la.....

Masuk tahun baru ni azam aku kena kurang sikit mempercayai individu yang tak berapa kenal, kawal kewangan, pastikan kewangan melimpah dengan usaha sendiri, kurang memberi pinjaman dan berhati-hati dalam perlaburan, dan azam yang terbaik ialah mengurangkan pinjaman atau erti kata lain jangan berhutang dan cuba langsai kan hutang lama dengan secepat mungkin.....

Azam aku yang terbesar kalau diizinkan ALLAH SWT ialah ingin berkerja sendiri, jadi dengan itu untuk tahun baru ni aku mengorak langkah pertama dengan memperlajari selok belok perniagaan yang sebenar, menghadiri kelas dan seminar dan yang penting menubuhkan syarikat......
COME ON ZAMAN UNTUNG BANGUN DARI KEGAGALAN, YANG LEPAS JADIKAN TAULADAN, YANG DEPAN JADIKAN IMPIAN, SELAMAT BERJAYA....

DOAKAN AKU KAWAN-KAWAN.............

SELAMAT TINGGAL 2010