Ahad, 31 Januari 2010

BERITA BAIK



Dua minggu lepas ada kawan aku datang rumah, mula -mula tu sembang kosong, lepas sembang tu dia tanya aku telefon pakai postpaid ke prepaid, akau cakap perpaid, kenapa? dia tanya lagi kos sebulan berapa? aku kata dalam RM30, kenapa? dia kata kurangnya pakai, ini mesti kes tembak kawan atau hantar mesej "call back".

Aku cakap itu yang murah, dia kata ada lagi murah, yang mana aku tanya? dia pun keluar satu prepaid kad no pangkal 010xxxxxxx, kad apa ni? aku tanya, kad perpaid la, ye tak ya, aku tanya soalan bodoh la pulak, dia pun tunjuk demo, murah gila siol, call mana-mana line cuma 8sen/30sec, aku guna yang hot tu pun ajak member "turun kejap" tak sampai 2sec dah kena 30sen, tu member aku yang kuning tu cakap paling murah 17sen/30sec. mana ada murah....

Jadi oleh kerana aku dah malas nak perkena member asyik suruh call back atau buat misscall, aku pun beli la staterpack dia namanya dymiumXOX coverrage memang luas sebab guna base celcom, lepas tu dapat 150 SMS percuma lagi, aku pun start call member, semua member terkejut sebab 1st time aku borak lama, selalu call lepas tu buat putus nanti member call balik, jadi bila member tanya aku cerita, ada member yang joint, sekarang untuk bulan depan aku dah tak payah keluar duit sendiri untuk TOPUP sebab dah dapat bonus, tu yang untung tu.......

Kepada member-member yang diluar sana berminat nak mencuba jangan malu-malu email nama dan alamat anda ke zamanuntung@gmail.com , saya cuma sebarkan benda baik, buat masa ni pergerakan saya masih tertumpu di lembah klang tapi kalau ada yang jauh berminat, saya akan aturkan masa untuk bertemu. selamat mencuba......




Tak rugi untuk mengguna sebab selama ni pun kita guna handphone tetap kena bayar bill........

Jumaat, 29 Januari 2010

Isnin, 11 Januari 2010

UNTUNG 10 JUTA

Aku percaya ramai yang dapat e-mail dari pak negro yang janji nak bagi duit percuma kononnya duit rampasan atau duit amanah dari keluarga kaya atau raja dan sebagainya, dan ramai yang percaya pulak tu, termasuk lah member kepada kawan aku sanggup berenti kerja dari petronas tak tau la petronas mana? (petronas pam minyak ke atau betul-betul pegawai petronas) kerana nak berurusan dengan mat gelap ni untuk dapat duit, bila ditanya, duit dah nak sampai, esok kena pergi metting kat Thailand, lepas tu pinjam duit kawan sebab nak bayar duit proses.

Sampai sekarang habuk pun tak ada, tapi keyakinan tu masih ada, sebab bila tanya, dia cakap dalam dua minggu lagi dapat la, sekarang dah berapa minggu entah la. Aku pun dapat juga e-mail tu tapi aku tak percaya, tapi bila tengok gambar bawah tu menyesal pula tak percaya betul tu dia nak bagi 10 juta.................



TAK PERCAYA KLIK SINI

Khamis, 7 Januari 2010

UNTUNG BANGUNAN TERTINGGI









Dulu masa bekas Boss aku buka syarikat kat Dubai, dia jemput aku kerja kat sana, fikir punya fikir tak jadi, bukan masalah gaji, tapi aku ni tak pernah pergi tempat orang, paling jauh aku pergi pun kat Singapore dengan Thailand, itu pun sekejap aje atas urusan kerja.

Member aku yang ikut ex Boss aku tu sekarang dah kaya, Bini pun dah dua, tapi dah lama aku tak jumpa dia. Dubai begitu cepat membangun sekarang dah ada bangunan tertinggi di dunia, macamana la rasa duduk kat tingkat atas sekali tu tak gayat ke?

BINA LAH PENDAPATAN TANPA HAD DISINI............

Selasa, 5 Januari 2010

UNTUNG ORANG ISLAM

Baru-baru ni aku ada masuk satu blog politik, aku terkejut dalam blog tu ada cerita pasal kampung aku, ada gambar surau yang kena roboh dan banyak juga rumah yang kena roboh, lepas tu gambar banner yang tulis " mana wakil rakyat? kami kena tipu" lebih kurang macam tu la tapi orang nya tak ada, lepas tu orang yang hantar gambar tu pakai nama samaran la pulak....

Jadi pasal itu kampung aku, aku kena betul kan la yang mana tak betul, jadi aku komen la sikit bagi tau bahawa bukan semua tu betul, sebenarnya kampung aku akan dibina laluan keretapi berkembar, jadi tanah siapa yang terkena, alamatnya kena pindahlah, lepas tu dapat pampasan, tentang puas hati ke tak puas tu tak ada la pula orang kampung aku bercerita, mereka pindah aje, termasuk la surau pun kena pindah. Jadi selepas segalanya siap termasuk membina surau baru, baru la kerja meroboh dijalan, oleh kerana surau itu berada ditepi jalan, entah geng mana la yang ambil gambar dan hantar kan blog yang berstatus YB, sepatutnya YB itu kaji dulu baru siarkan cerita tu supaya tak menimbulkan fitnah.

Selepas memberi komen ada pulak mamat mana entah yang kata aku tipu pula, dia kata mana ada surau baru kat kampung aku, mamat tu pula duduk kat melaka, tu yang aku musykil macamana orang melaka boleh tahu kat kampung aku tak ada surau baru, agak nya yang aku pergi sembahyang tu bukan surau kot mungkin macam ni kot..........



Fikir lah sendiri, Fitnah itu amat besar Dosanya............

CAPAILAH IMPIAN ANDA DITAHUN 2010, DAFTAR SEKARANG.........

Ahad, 3 Januari 2010

UNTUNG PASAR MALAM


Kalau kita sebut pasar malam semua orang tahu, budak kecik pun tahu sebab dapat beli kuih dan mainan, dulu kawan aku pernah apply nak dapatkan tapak pasar malam dah dapat tapi ada orang dengki buat report mengatakan dia bukan penduduk kat situ, lansung lesennya di batal, orang macam tu pun ada........

Baru-baru ni sempena tahun baru, aku ada pergi pasar malam kat tempat aku, dah lama tak pergi ke pasar malam, kalau pergi beli kuih sahaja, kali ini teringin nak makan hati masak lada hitam, jadi aku pun pergi la. Sampai kat situ punya la susah cari parking, pusing-pusing akhirnya jumpa, jadi aku pun merayau-rayau la kat pasar malam cari gerai daging, sebab dah pergi agak lewat banyak yang dah habis, jadi jumpa satu gerai itu pun hati dah habis, jadi aku beli daging aje, sebelum beli tu aku tanya si penjual tu sebab aku tengok daging tu macam dah tak elok, tapi dia kata daging tu elok dan baru, aku pun beli setengah kilo, kemudian aku beli keropok lekor sikit dan roti john.

Bila aku masuk je dalam kereta tutup pintu, bau semacam je kereta aku, macam bau longkang, nak sedapkan hati mungkin bau longkang tempat aku parking kereta tadi, tapi dah jalan jauh pun bau masih ada, pulak tu makin kuat sampai loya tekak aku. sampai kat rumah aku letak kan daging tadi dalam singki untuk basuh, bila aku basuh baru aku tau yang daging tadi dah busuk, nak buat cam mana, buang aje la.....

Nak cool kan hati aku yang marah ni aku pun makan la roti john, puhhh mentang-mentang garam tak naik harga, agaknya berapa kilo taruh garam sampai pahit roti john dibuatnya. lepas tu akupun makan la keropok lekor, ini pun satu keropok pun dah berlendir, lansung putus selera, malam tu aku tidur dengan perut yang kosong dan hati yang panas.....

Orang dah bagi peluang berniaga buat la elok-elok, kat luar sana ramai yang nak dapat peluang tapi tak ada, berniaga ni mesti jujur jangan kejar untung sahaja, buat cara Rasullulah berniaga untung tapi tak menipu, tak kayanya dengan menipu.........

SATU REVOLUSI BARU TAK PERLU MAKAN, MINUM ATAU GOSOK CUMA TAMPAL SAHAJA. HEBAT........