Jumaat, 24 April 2009

UNTUNG SERINGGIT BOLEH KAYA


Minggu lepas aku pergi KL dah lama tak pergi syok juga, bukan apa aku pergi sana cari sedikit barang, customer dah melalak barang tak ada, aku malas nak turun KL tu bukan apa, jalannya asyik jem aje, pergi malam pun jem juga dan jalan banyak yang baru buat jadi letih pinggang dibuatnya, lepas ambil barang aku pun lepak kat restoran mamak dengan member aku, perkena teh tarik, fuh.. orang sikit punya ramai untung mamak ni meniaga, sedang duduk lepak perkena teh datang satu mamat jual cincin, "bang cincin bang" dengan muka yang dibuat senyum, dalam hati aku berniaga macam ni pun ada, aku menolak perlawaannya, tapi dia tanya lagi lepas tu dia keluarkan satu kotak kecil, " bang ubat kuat bang" aku dengan member aku nak tergelak pun ada, tapi tak apa la asal mencari rezeki yang halal apa salahnya jangan mencuri sudah la.

Dok lepak lagi datang pula apek jual VCD/DVD, lambak kat meja aku, "tokeh macam-macam celita ada", aku ni mana ada masa nak tengok cerita-cerita tu, tv pun jarang tengok, lagipun itu semua barang cetak rompak, belum habis minum datang pula orang buta dipimpin oleh orang celik, sambil jual tisu yang harga 20sen tu tapi dibayar dengan seringgit, sampai kat meja aku member aku pun hulur seringgit dapat la tisu berharga 20sen, untungnya berniaga untung 80% tu. Lepas tu dia pergi kat aku, aku tengok yang buta tu, kesian... tapi tengok yang celik tu sikit punya melaram tak jadi beli tisu, aku pun cakap " terima kasih tisu ni banyak boleh kongsi dua orang", bukan aku kedekut atau dengki tapi cuba fikir, dalam restoran ada lebih kurang 60 ke 70 orang, kalau separuh yang bagi seringgit pendapatannya lebih kurang RM35, kalau semalam dia pergi 4 tempat jadi anggaran RM35X4 = RM 140 semalam X dengan 26 hari = RM3,640 banyak tu, jadi kalau aku tak bagi pun dia dah banyak duit.

Ada banyak lagi yang cari makan macam tu, guna kanak-kanak warga asing kutip derma konon nak buat masjid kat thailand dan macam-macam lagi. Aku pernak sekali masa belajar kat penang, masa tu hari jumaat jadi aku nak balik kampung cuti dua hari, sedang dok dalam bas tu datang satu budak perempuan sambil minta duit sambil tunjuk surat yang ada cop jabatan kebajikan masyarakat maymar, heran maymar pun boleh tulis dalam bahasa melayu, aku kalau macam tu memang aku tak bagi duit, lebih baik duit tu aku dermakan kat masjid, dia minta,minta,minta aku tak layan entah apa angin dia kot terus dia baling kan file surat tu kat aku nasib baik sempat elak, orang macam ni pun ada.........

Isnin, 20 April 2009

UNTUNG HOSPITAL


Tengah sibuk uruskan kerja terima panggilan telefon, dari isteri aku, cik sakit kuat (cik tu panggilan bapa bagi orang pantai timur), jadi aku pun bergegas balik kampung, sampai kat kampung tengok pak mertua aku terbaring aje, kata mak mertua aku dah seminggu tak buang air besar, orang lama ni kalau kita nak hantar ke hospital kemain susah, pujuk punya pujuk pun tak jalan, esok nya adalah sorang kawan nya datang ziarah, kena ayat sikit kat kawan tu baru la nak pergi hospital.

Sampai kat hospital, untuk pengesahan boleh masuk wad dari pukul 11pagi sampai pukul 3petang baru la dapat masuk, bukan apa pemeriksaannya tu banyak betul, bila pergi kat wad tu ramai betul orang sakit seingat aku ada dua tiga je katil kosong, depan belakang kiri kanan purata sakit diabetis, ada yang dah potong kaki ada baru luka je ada baru bengkak je macam-macam.

Aku teringat masa aku masuk wad dulu masa tu umur aku baru 25 tahun, kalau lambat sikit aku ni dah arwah dah tapi Allah tu panjang kan umur suruh bertaubat lebih sikit, puncanya tersalah makan ubat yang diberi oleh klinik panel, nak kurus punya pasal, terus hilang selera, tak boleh makan, kalau makan akan muntah kembali badan jadi kejang, nasib baik ada member yang tolong hantarkan ke hospital, belakunya tu waktu malam, lepas diperiksa oleh pembantu perubatan terus masuk wad, malam tu doktor datang dan bagi ubat tidur je, terus tidur......

2 minggu aku duduk kat hospital kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah, pernah satu malam tu aku terdegar satu jeritan aduh..aduh.. kiranya kuat juga, aku malas layan sebab mengantuk, esok pagi aku bangun, rupanya yang mengerang tu kawan aku, dia kemalangan, langar kerbau waktu malam pehanya terbelah kena tanduk kerbau ngeri juga aku tengok.

Itu cerita lama, sekarang aku dah sehat tapi tak sehat sangat, kesan tu masih ada sampai sekarang. Jadi kalau kita tengok makin banyak hospital makin ramai orang sakit, kepada yang tak mampu, pergi hospital kerajaan la, sekarang hospital kerajaan layanan dah bagus tak macam dulu, misi pun cantik-cantik, kalau sakit tu tengok muka misi pun dah lega sikit sakit tu.

Kepada yang mampu tentu lah pergi ke Medical Centre, yang tidur semalam je kena cas 3,4 ratus macam tidur kat hotel, itu belum cas perubatan lagi, tapi kalau dah mampu apa salahnya. Bisnes Hospital ni memang boleh untung, harap-harap hospital kerajaan jangan diswatakan.....